Friday, 30 September 2011

Anwar kata Najib terlibat dalam bermacam-macam penyelewengan, termasuk jadi dalang isu liwat??? BETUL KE???





Anwar kata Najib terlibat dalam bermacam-macam penyelewengan,
termasuk jadi dalang isu liwat??? BETUL KE???
Apa salah Najib pada Anwar?Yang aku nampak selama ini,
Anwar yang buat macam-macam pada najib.
Macam-macam serangan yang dibuat oleh Anwar dan
penyokong-penyokongnya pada Najib.Aku tak pernah dengar pula Najib
hentam Anwar? Korang pernah dengar tak??
Setahu aku lah Anwar je yang biasa menghentam Najib dalam ceramah-
ceramah dia.Kalau kita dengar la cakap2 Anwar masa berceramah,
nampak macam si Najib ni tak ada telor,tak cerdik,tak hensem,
kuat makan rasuah, dan macam2 lagi la yang dihentam.Ibarat semua yang
buruk tu Najib lah,yang baik dan elok sempurna tu dialah seorang.
Anwar ingat dia seorang jelah yang hebat,pandai,terror macam ayam jaguh.
Aku pun pelik,kenapa Anwar marah sangat kat Najib tu? Ada Najib ni usik
bini dia ke, anak dia ke,cucu dia ke,teramik harta dia ke,terpijak benda dia
ke,atau dia ni marah sangat sebab tak berjaya usha Najib untuk di liwat?hahaha
Part tu yang aku tak faham sangat tu.
Bagi akulah kalau Anwar nak marah,Dia patutnya marah pada Tun Mahathir.
Orang yang telah tendang dia keluar dari Umno dan Kerajaan,sebabnya masa dia
kene tendang dengan Tun Mahathir,Najib tak ada masuk pun dalam ini cerita.
Aku rasa la mesti ada sebab lain kenapa Tun Mahathir tendang dia?
Satu lagi aku rasa Anwar ni takut Najib akan jadi perdana menteri masa tu.
Ini bermakna dia akan kempunan untuk jadi perdana menteri.Bak kata orang
tua-tua la mati berangan si Anwar ni.
Bagi aku lah,Najib memang selayaknya menjadi perdana menteri,bak kata orang
tengok muka dia pun agak hensem,senyuman dia memikat sejuk mata memandang.
Peminat pun ramai,budi bahasa pun ada macam arwah bapak dia dulu..
"like father like son".
Satu perkara yang aku nak tanya pada korang,kalau korang tengok muka Anwar,
muka Anwar ni makin hari makin berubah,cuba kowang renung betul-betul.
Aku nampak muka dia kejap macam musang,kejap macam beruang,kadang-kadang tu
nampak macam kucen parsi pun ada gak..kan kan.
Persoalannya sekarang Anwar kata Najib terlibat dalam bermacam-macam
penyelewengan termasuk jadi dalang dalam isu liwatnya.Betul ke?
Pada pendapat aku,itu semua tak betul.karut !!!Pendapat korang pula macam mana..
bak kata pak pandir,aku ambil part2 sesuai" ada otak pandai,ada akal pakai,
ada bijak gadai" jadi korang fikirla sendiri guna otak yang waras.
~PENA BERDARAH~

NIK AZIZ DI HINA SEKUTU DALAM PAKATAN

(Kedua-dua pemimpin agong PAS kelihatan tidak bermaya mengapit Karpal biaDAP pada hari Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 ditandatangani)

Salam 2 all.
"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga".

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e yang bermesyuarat selama 3 jam malam semalam membuat satu keputusan yang cukup jelas: kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut! Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!". Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam. Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA. Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli PAS faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam! Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!
Ini yang perlu orang PAS faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu". Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana "takde dalam Quran". Kepimpinan PAS telah menjadi "syaitan bisu" bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa PAS tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam. Sebenarnya, kepimpinan PAS telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan PAS untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli PAS tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay. Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah. Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la'natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan PAS yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan PAS yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu. Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la'natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan PAS yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP. Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!

Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka. Adakah kerana Karpal "tahu banyak rahsia Anwar"? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi. Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut "Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang "kegiatan" Anwar". Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan. Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi'e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat. Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!
Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya PAS hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau PAS sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan PAS Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA. TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai. It's better die trying, rather then living with nothing!

KEBENCIAN YANG DITUNJUKAN RAKYAT KEPADA PAS

Manifestasi Kebencian Rakyat Kepada Nik Aziz Membuak

Nampaknya tahap menyampah rakyat terhadap Nik Aziz sudah sampai ke tahap maksimum.  Banyak tindakan separa waras Nik Aziz kebelakangan ini yang semakin menyentuh sensitiviti rakyat terutama yang berkaitan dengan Islam dan yang berkaitan.
Gambar diatas dijumpai di Shah Alam, kawasan parlimen Khalid Samad yang begitu giat menyokong penggunaan perkataan Allah swt dalam gereja dan menyokong perbuatan DUMC memurtadkan orang Islam baru-baru ini.
Bulan-bulan puasa pun Nik Aziz gagal mengawal beberapa pemimpinnya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bersesuaian dengan kemuliaan bulan tersebut.  Fitnah dah macam makan nasik.
Semua ini dan banyak lagi yang membawa kepada perbuatan diatas.
Kita yakin perbuatan menconteng gambar Nik Aziz dengan lambang salib tersebut bukan dibuat oleh orang UMNO kerana peperangan orang UMNO dan Nik Aziz khasnya dan PAS amnya sudah berlangsung sejak lebih 21 tahun lepas, soalannya kenapa kini baru perbuatan sedemikan nak dibuat?  Itu kalau nak menuduh UMNO sebagai dalanglah.
Tak nampak logik kenapa UMNO pulak nak terlibat, lagipun bukan resmi kita main cara kotor macam ni ya.
Hal-hal berkaitan gereja dan nama Allah swt yang menjadi isu dimana PAS terlibat ini bukan setakat menyakitkan hati orang UMNO yang beragama Islam malah sesiapa saja yang beriman kepada Allah swt.  Dan golongan ini lah yang membentuk majoriti di Shah Alam sekarang.
Banyak perkara buruk yang disebut banyak pihak mengenai kerajaan BN dan kepimpinannya, tapi tidak pernah sekalipun kejadian yang serupa berlaku. Kalau nak dikutkan kepada tuduhan yang pelbagai dan macam-macam itu, mahu rasanya lebih dari gambar yang diconteng.  Tapi itu tidak berlaku kerana kekurangan fakta sahih untuk menyokong segala macam penipuan tersebut.
Berbeza pula dengan hal cubaan memurtadkan orang Islam dan penggunaan nama Allah swt di dalam gereja yang mendapat restu Nik Aziz (secara langsung atau tidak).  Banyak bukti yang jelas dan sahih bagaimana PAS terlibat menyokong perkara tersebut.  Benar PAS kini bukan lagi parti Islam, sebaliknya parti kebajikan tapi bukan semua ahli PAS yang sedar dengan realiti tersebut.
Kebanyakkan mereka masih tidak dapat menerima hakikat yang PAS sudah tergelincir daripada perjuangan yang dulu menjadi perkara asas penubuhannya.  Lagipun tidak ada apa yang berubah di dalam perlembagaan PAS.
Justeru, percakapan dan perbuatan pemimpin PAS yang berlawanan dengan Islam, hanya akan menarik kejian dan kecaman yang bukan sedikit bukan setakat dari ahli PAS sahaja, malah dari rakyat kebanyakkan juga.
Walaupun gambar Harun Din terletak disebelah, tapi tidak terjejas.  Ini sesuai dengan keadaan kacau bilau yang berlaku dalam kepimpinan PAS hari ini bila PAS terbahagi kepada 2, antara kebajikan dan Islam.  Nik Aziz lebih liberal dan sanggup menyokong apa saja demi mengekalkan kuasa dengan DAP, manakala Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS tidak pula begitu.
Having said that, penulis tidaklah menyokong perbuatan merosakkan wajah pemimpin waima dari parti mana sekalipun, apatah lagi ditempat-tempat awam seperti di Shah Alam itu.  Penulis cuma nak mengajak pembaca menilai kembali akibat bila rakyat membalas balik perbuatan hina yang dilakukan pemimpin.  Macam mana punlah yang dilakukan balaci untuk memutihkannya, rakyat masih sedar dengan hakikat yang sebenarnya.
Tapi jauh disudut hati, PADAN MUKA KAU NIK AZIZ…………..

ANWAR BUAT SOLAT HAJAT LAKNAT TERHADAP KPN DAN PEGUAM NEGARA

Anwar buat solat hajat laknat terhadap KPN dan Peguam Negara,betul ke?????
Setahu aku dalam Islam kaedah 'matlamat menghalalkan cara"tidak dibenarkan sama sekali.
Dah tu yang pergi buat solat hajat laknat tu apasal? Diaorang ni dah tak siuman ke?Minta lah hajat lain
macam solat hajat minta negara selamat ke,minta rakyat semua aman makmur ke,minta ekonomi negara kita kukuh ke?tak pun solat hajat minta Anwar beri kerjasama dengan polis bagi DNA dia ke? minta supaya kes liwat ni tak pecah belahkan umat Islam ke, ni tak yang pergi buat solat hajat minta seseorang di laknat tu buat apa? Seolah-olah sama lah macam lakukan sihir.Silap-silap haribulan boleh jadi syirik nih.Benar ALLAH SWT Maha pengasih,Maha penyayang dan Dia boleh makbulkan permintaan hambanya, tapi benda berdosa tetap berdosa.Sendiri buat sendiri kene tanggung la nanti.
Kalau betul Anwar teraniaya,takkan dari tahun 1998 sampai sekarang Allah Swt tak jawab apa-apa..
malah makin teruk jadinya..betul tak? Mesti ada sebabnya dan mungkin Anwar tahu kenapa,cuma dia ni jenis yang buat dek je.Jenis tak sedar diri dan tak nak mengaku kesilapan sendiri..tak ada manusia sempurna la tp Anwar ni rasa macam diri dia seorang tuhan jadikan sempurna.
Kita ni kene ingat,dalam kita meminta-minta Allah swt melaknat seseorang,takutnya nanti Allah swt melaknat kita pula nanti.Sebabnya kita tak jelas tentang kedudukan perkara sebenar Anwar ni.,main ikut-ikut je.
Kita tak tahu betul salahnya Anwar ni,sebab dia tak mahu bagi kerjasama kepada polis untuk selesaikan kes dia ni.Yang aku tau polis tu pun manusia macam kita gak,takkan diaorang nak masuk neraka ye tak? dan diaorang tak dungu macam yang Anwar kata..Wallahualam  ~PENA BERDARAH~













ANWAR CAKAP DIA TAK BOLEH BAGI DNA SEBAB NANTI POLIS PALSUKAN KEPUTUSANNYA

Anwar cakap dia tak boleh bagi DNA sebab nnti polis palsukan keputusannya untuk aniaya dia.BETUL KE???

Cakap dengan orang dungu boleh la.Anwar ingat kita semua ni dungu macam dia ke?
Bagi alasan-alasan bodoh dan mengarut macam cerita hindustan.Yang sebenarnya dia TAKUT keputusan DNA dia tu sepadan dengan lendir dia yang ada terselit dalam jubo si Saiful Bukhari tu agaknya.Betul juga tu, siapa Anwar ni sampai polis nak aniaya dia.Dia ingat polis kat Malaysia ni macam polis dalam cerita hindustan tu ke?Boleh main hentam-hentam,boleh main aniaya-aniaya dan boleh buat main-main belakang.Kalau naik mahkamah sok macam mana nak jawab.Aku yakin betul polis negara kita tak buat macam tu.Benda-benda macam ni mana boleh main reka-reka,betul tak??Macam aku bagitahu tadi dia bukan perdana menteri,bukan siapa-siapa pun cuma seorg AHLI POLITIK YANG SYOK SENDIRI DAN PERASAN.Kehulu kehilir berlakon macam pemimpin negara..memalukan betul.
Satu hal lagi ada pula peguam-peguam dia yang sokong cakap dia macam keldai bahalol.Mereka kata DNA tu tak penting cuma keterangan sokongan (corroborative evident).
Bangang punya peguam,mereka tu tak tengok cerita CSI ke?Buat penat orang Hollywood buat filem tu.Semua orang tahu,sekarang ni dah jadi trend 'scientific evident' amat penting dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.Benda macam ni budak kecil pun tahu.Jadi tak payah la nak berhelah-helah.orang semua dah tahu,sebab tu la tak ramai orang yang pergi berkumpul dekat IPK Kuala Lumpur masa dia kene tahan polis.
Satu hal lagi,sejak bila pula polis aniaya orang guna DNA.Aku rasa Anwar sorang je yang cakap macam tu,sebab sebelum ni aku tak pernah dengar polis guna DNA untuk kenekan orang.Macam ni mesti ada apa-apa ni,sebab tu bagi alasan kononnya pakar dari luar negara nasihatkan jangan beri DNA,akhirnya pakar dari luar yang dia pungut si MCDONALDS tu yang kantoikan dia dengan mengatakan bahawa DNA seseorang boleh bertahan selama 113 jam.Kenapa Anwar diam??? Kalau tak buat benda terkutuk tu beri jelah DNA habis cerita.Pasal apa nak takut-takut.Kalau polis nak kenekan dia,senang je,boleh gunakan DNA kes lama dia dulu.Secara tak langsung, ni jelas sangat menunjukkan Anwar pun percaya siasatan polis telus,ikut peraturan,bukan main-main.Kalau DNAnya sepadan mesti kene punya. ~PENA BERDARAH~

Wednesday, 28 September 2011

AKHIRNYA HUDUD TIDAK DI LAKSANAKAN ?






Di bawah adalah kenyataan rasmi hasil mesyuarat Pakatan semalam. Yang berkaitan dengan isu Hudud saya besarkan.

Dibawa

KENYATAAN BERSAMA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

28 September 2011 

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

PakatanRakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan. 


Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.  


Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.


Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini. 


Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU)ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (UniversalJustice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban(Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat. 


YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM  YB TUAN LIM KIT SIANG  YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG 

....                            **********************************

Pas hormat pendirian Dap dan Dap hormat pendirian Pas. Maksudnya apa dalam konteks pelaksanaan Hukum Hudud Pas ini ? 

Dap bermatian menentang Hudud - Pas hormati pendirian ini.
Pas bermatian nak Hukum Hudud - Dap hormati pendirian ini.

Kalau dilihat ayat diatas secara berasingan, saya fahamlah. Tapi bila disatukan ........ saya tak faham ! 


Pas sebenarnya mahu laksanakan hudud tapi kerana menghormati pendirian Dap yang menentang maka Pas pun tak jadilah buat. Bukan sebab Pas tak nak buat tapi sebab hormat pada Dap  ?

                                               dan diwaktu yang sama

Dap menentang hudud Pas tapi kerana menghormati pendirian Pas yang bersungguh mahukan Hudud, maka Dap pun mengalah. Dap tidak bersetuju pelaksanaan Hudud tapi mengalah sebab hormat pada Pas ?

Satu formula yang sukar untuk difahami sekiranya kita melihat ayat diatas sebagai fakta iaitu Pas mahu laksanakan hudud. Tapi kalau kita terima kenyataan yang Pas tidak ikhlas mahu laksanakan Hudud, pasti formula diatas akan mudah difahami, nampak ?

Masalah sebenar yang dihadapi oleh Pakatan selama seminggu isu ini berlarutan adalah, bagaimana hendak melepaskan Pas dari ISU HUDUD dari Nik Aziz tanpa mendatangkan aib kepada Pas.

Dengan adanya persefahaman saling menghormati diatas, maka mudahlah Pas untuk menarik diri dari komitmen menunaikan janji Nik Aziz terhadap pelaksanaan Hudud, dengan alasan menghormati pendirian Dap. Selesai masalah !

Ia hanya akan mendatangkan masalah sekali lagi sekiranya Pas IKHLAS mahu laksanakan Hudud !

Itu bahagian pertama, bahagian kedua kenyataan bersama Pakatan itu pula menunjukkan kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu diiktiraf oleh Pakatan hanya kerana sudahpun wujud sebelum adanya Pakatan Rakyat.

Maknanya untuk mengadakan Enakmen yang sama dinegeri lain - MINTA MAAF, Pakatan tidak terima. Jadi Pas tidak boleh  laksanakan Hukum Hudud dinegeri selain Kelantan dan Terengganu.




ANWAR KATA NYAWANYA TERANCAM ... BETUL KE ???


 Assalamualaikum terima kasih kerana korang sudi juga layan blog aku yg x seberapa ni.. ni aku nk cerita sedikit tentang kebodohan ANWAR untuk menutup malu dan kesalahan kerana SAIFUL  membuat laporan polis berkenaan kes dia di liwat ANWAR..

   ANWAR kata nyawanya terancam kerana ada orang nak bunuh dia ??sebab tu dia cepat2 menyorok di kedutaan turki... kah kah kah nuar ohhh nuar.. kenapa bila SAIFUL buta laporan tentang kes dia di liwat baru dia kene ancam ?? dia kene ancam ke atau dia terancam dgn laporan yg di buat oleh SAIFUL terhadap dirinya?? ok sekarang mari kita sama2 fikirkan tentang si NUAR ni..
   sejak dia di bebaskan dari penjara pada 2004 sampai sekarang tak pernah sekali pun kita dengar nyawa nya di ancam kan.. ke hulu ke hilir pagi petang siang malam melalak menyalak bagi ceramah 1 tanah melayu ni pergi tipu cina, tipu india, tipu orang melayu.. siap pergi balik oversea lagi tp dia OK je..cerita dia di ancam bunuh timbul sebaik sahaja SAIFUL membuat laporan polis.. kenapa lah nak tipu orang ramai mengatakan dia di ugut melalui SMS.. jika benar buat apa lari ke kedutaan TURKI kenapa tak lari ke BALAI POLIS.. pelik bin ajaib kan.. sampai sekaran tak ada 1 pun laporan di buat oleh ANWAR mengenai ancaman bunuh terhadap diri nya.. korang tak pelik ke.. aku mmg da pelik sgt2 ni.. kah kah kah.. aku tergelak besar masa aku tgh menulis artikel ni.. mana tak nya sebab kan gelabah beruk dia tak taw nak buat apa tiba2 lari ke  kedutaan turki buata apa?? dia patut dapat anugerah perlakun terbaik ANUGERAH TUHAN..sekarang aku tgok dia ok je buat ceramah sana sini telalak telolong 1 tanah melayu.. xde pulak ancaman bunuh.. tp masa SAIFUL buat laporan je dia kene.. alahai lawak betul di badut negara ni !!

   ANWAR juga pernah kata dia tak mahu pakai baju kalis peluru yang di bekal kan oleh PDRM.. sebab katanya jika orang nak bunuh dia macam2 yang boleh di buat termasuk tembak kepala dia guna bom dan macam2 lagi la..tahu pun dia kematian boleh berlaku di mana2 tak kira masa  tak kira tempat..MAHFUZ takkan lewat walaupun sesaat.. lagi 1 kat malaysia ni mana ada orang mati kene bom kene tembak pun jarang sekali kita dgr.. jadi kesimpulan nya tak payah la nak membohong rakyat kata nak kene bunuh la apa la.. sebenarnya ANWAR dah gelabah beruk sampai tak tahu nak buat apa sampai tersasar ke kedutaan TURKI.. klu SAIFUL tak buat laporan korang agak2 ANWAR dapat ancaman bunuh tak ?? sebenar nya dia takut dgn bayang2 dia sendiri.. anwar mmg seorang perlakun yg hebat.. syabas anwar boleh di gelar BADUT NEGARA..... ~PENA BERDARAH~

ANWAR KATA SEMUA ULAMA KERAJAAN TIDAK BOLEH DI PERCAYAI

Assalamualaikum... di sini aku nak cerita kan serba sedikit tentang ANWAR ni adalah mengikut apa yg aku kaji dan fikir tentang ANWAR yg aku rasa aku boleh kongsikan dgn rakan2 bloger... betul ke ANWAR kata ulama kerajaan tak boleh di percayaai ?

  ok.. mari kita fikirkan jika ANWAR kata semua ulama kerajaan tak boleh di percayaai.. kenapa ANWAR pergi membuat laporan  dengan JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI ) untuk mengambil tindakan QHAZAF terhadap SAIFUL BUKHARI ?... ANWAR nak JAIS paksa SAIFUL kemukakan 4 orang saksi yang boleh sahkan ANWAR meliwat dia( SAIFUL)  kalau gagal ANWAR minta JAIS  hukum SAIFUL atas kesalahan buat dakwaan palsu ! ini semua trick bodoh beb .. mana nak cari 4 orang saksi yang nampak perbuatan terkutuk tu..sampai kiamat pun takkan ada saksinya..sebab nya perbuatan meliwat tu bukan nya berlaku di tepi2 jalan, di taman bunga, di bawah pokok, di bus stand .. cehh apa punya mangkok ANWAR ni !!

   hello geng !!! ni bukan kes rogol la.. ini kes liwat.. rogol dan liwat mana sama. rogol antara lelaki dgn perempuan.. zina pun antara lelaki dgn perempuan.. tapi liwat ni antara lelaki dengan lelaki.. dalam ertikata seks luar tabi'i.. apa daaaaaaa tak itu pun tak faham ke ?? jangan confuse.. sebab 2 benda yg berbeza perlakuan dan perbuatan..

   aku rasa ini la kali pertama permohonan macam ini di buat kepada JABATAN AGAMA ISLAM kat negara kita ni..dan aku juga rasa pelik sebab setahu aku la walau pun aku ni tak la tinggi sangat ilmu agama tapi kan  HUKUM QHAZAF khusus untuk kesalahan  "LIAN" korang taw x apa itu "LIAN" ia membawa maksud apabila si suami menuduh isteri nya berlaku curang iaitu BERZINA dengan orang lain.. Wallahualam.. kau orang fikir2 dan kaji2 la sendiri samada betul tak kajian yg aku buat ni.. kalau rasa tak betul aku minta maaf dan tolong perbetul kan.. ~PENA BERDARAH~

PANAS !!! pengharaman permakaian tudung di kelantan !!!

 
TERKINI - PENGHARAMAN
PEMAKAIAN TUDUNG DI
IPTA / IPTS DI MALAYSIA.
Isu pengharaman
pemakaian tudung di IPTA
dan IPTS di Malaysia. Ahli-
ahli parlimen negara
sudah mendapat kata
sepakat bagi
mengharamkan
pemakaian tudung bagi
pelajar wanita di IPTA dan
IPTS di Malaysia ini
berikutan dengan faktor-
faktor kesihatan. Ini
kerana pelajar-pelajar
wanita yang memakai
tudung ini didapati kurang
mendapat prestasi yang
agak cemerlang.
Kenyataan ini juga
disahkan oleh pakar-
pakar di hospital selayang
yang membuat kajian
terperinci pemakaian
tudung ini. Mereka
berkata tudung ini akan
menyebabkan
pengedaran udara yang
kurang dan menyebabkan
kepala yang melindungi
otak akan menjadi kurang
segar dan akan
menjadikan otak mereka
tidak aktif seperti pelajar-
pelajar yang tidak
memakai tudung. Jadi
bagaimana isu ini boleh
berlaku topik ini sengaja
ditulis dan hanya disiarkan
kecil sahaja di bahagian
muka surat yang
sekiranya tidak diteliti
tidak akan nampak.
Adakah kerajaan Malaysia
takut akan hal ini. Yang
dulu begitu marah
terhadap Singapura yang
memberhentikan 2 orang
murid perempuan kerana
memakai tudung ke
sekolah. Ape susah jadi
dengan isu ini diam begitu
sahaja. Sekarang ape
sudah jadi paku dulang
paku serpih mengata
orang dia yang lebih.
Sekarang Malaysia
sanggup mengHARAMkan
pemakaian tudung pihak
JAKIM juga tidak dapat
berbuat apa-apa dengan
isu ini. Ini kerana
semuanya terletak di
tangan menteri-menteri di
Malaysia. Bagaimana pula
dengan Pak Lah yang
selalu menjadi Imam di
masjid-masjid, adakah
beliau juga bersetuju
dengan isu pengharaman
pemakaian tudung ini. Jadi
bagaimana seorang Imam
boleh setuju tentang
pengharaman pemakaian
tudung ini. Bagi pihak
Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia
(UIAM). International
Islamic University Malaysia
(IIUM) juga hanya
menunggu dan lihat
sahaja apa yang akan
terjadi. Universiti ini
dahulu yang mewajibkan
setiap pelajar wanitanya
memakai tudung apabila
memasuki kawasan
universiti kini hanya
mengambil endah tak
endah sahaja mengapa
MALAYSIA sekarang ini.
MALAYSIA yang dulunya
dikenali kerana agama
rasminya adalah agama
Islam. Kini boleh
mengharamkan
pemakaian tudung di
Malaysia yang kita semua
sudah maklum sebagai
seorang wanita Islam
wajib memakai tudung. Isu
ini sengaja tidak
digembar-gemburkan
agar tidak mahu berlaku
kekecohan ataupun apa-
apa reformasi. Pihak
media massa seperti TV
juga tidak mahu
mengambil inisiatif bagi
membetulkan semua ini.
Adakah Malaysia sudah
lemah.. Pihak menteri juga
sudah mengeluarkan notis
bagi pengharaman
pemakaian tudung ini di
semua IPTA dan IPTS dan
juga akan menghantar
notis ini ke sekolah-
sekolah. Pihak menteri
juga telah menyenaraikan
beberapa jenis tudung
yang haram dipakai
sewaktu berada di dalam
sekolah ataupun kawasan
kampus antara jenis
tudung yang tidak boleh
dipakai ialah:- 1)TUDUNG
SAJI; 2)TUDUNG PERIUK; 3)
TUDUNG TERMOS; 4)
TUDUNG CAT; dan
berbagai-bagai jenis
TUDUNG BOTOL yang selalu
menjadi permainan murid
sekolah masih di dalam
pemerhatian.
WKWKWKWKWK~!

Tuesday, 27 September 2011

PANAZZ.. TERNYATA NIC AZIZ SESAT... HARAKAH SUMBER MAHA FITNAH...

akhbar lama,bukan edit,tak percaya silalah pegi cari kat arkib...


Harakah ni akhbar yang kelakar. Cuba baca tajuk muka depan akhbat Harakah ni;

1) Mengundi Anwar ibarat menempah bilik neraka. ( la ni dah jadi sekutu Anwar, fatwa sudah tukar laa)

2) Mat Sabu "hanya" berkhalwat. (hanya berkhalwat????)

Disebabkan kes Mat Sabu berkhalwat jugaklah, NiC Aziz terpaksa melupakan Hudud yang diwar - warkan oleh beliau. Penyokong Pas sekarang ni bukan tau apa pun, sejarah Pas tak mau kaji. Mat Sabu kena tangkap khalwat pun tak tahu.

Apa daa...

HANCUR PAS HANCUR PAS HANCUR PAS........

Kekecohan tercetus apabila penyokong Pas bertembung dengan sekumpulan penduduk yang majoritinya terdiri daripada bekas anggota tentera yang membantah kehadiran Mohamad Sabu untuk berceramah pada satu majlis di Ampangan, Negeri Sembilan, malam semalam.

SEREMBAN 25 Sept. – Kemarahan segelintir pihak terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu (gambar) sampai ke kemuncaknya apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 80 orang itu berhimpun 50 meter dari tempat majlis berlangsung sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran pemimpin tersebut ke negeri ini berikutan kenyataannya yang menghina pejuang negara baru-baru ini.

Mereka yang berhimpun seawal pukul 8.40 malam itu turut membawa sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk Mat Sabu.

Perhimpunan tersebut yang pada mulanya berlangsung dalam keadaan aman bertukar menjadi panas seketika apabila Mat Sabu mengambil giliran menyampaikan ceramahnya kira-kira pukul 10.15 malam.

Selang beberapa minit Mat Sabu menyampaikan ucapannya, beberapa peserta perhimpunan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan berlaku tolak-menolak dan pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Dalam kekecohan tersebut, beberapa tetamu turut cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Namun, kekecohan yang berlaku selama kira-kira 15 minit itu terlerai dengan kehadiran anggota polis yang kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak agar bertenang.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya hampir satu jam sebelum majlis berkenaan berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Dalam pada itu, jurucakap NGO terbabit, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan tersebut bagi mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kerana menghina pejuang kemerdekaan.

‘‘Ramai yang hadir pada perhimpunan ini adalah bekas tentera yang terguris dan rasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

‘‘Kami mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara ini,” katanya di sini semalam.

Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.

Berikutan itu, Rabu lalu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor bulan lalu.

HIMPUNAN 30 FATWA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT ~



1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

Nizar tak serik jatuh kerana geran 999 tahun


The Unspinners difahami Nizar ada membuat pengumuman pada akhir bulan Mac menjanjikan dalam sidang akhbar bahawa Pakatan rakyat Perak akan memberi kadar premium tanah nominal hanya RM10 untuk institusi pendidikan.

Sekira diberi mandat, mereka mahu kadar premium tanah yang rendah membolehkan pendidikan menjadi teras pembangunan negara dan semua aliran sekolah patut diberi layanan yg adil.

Menurutnya setelah rampasan kuasa oleh BN pada 2009, premium tanah tinggi terhadap tanah yang diluluskan kepada sekolah sumbangan orang awam atau private school.

Ini satu lagi gula-gula untuk mendapatkan undi Cina.

Tak kisahlah, mungkin polisi ini ada baiknya tapi bagi Nizar main suka janji sesuka hati, dia ingat duit negeri itu banyak sangat ka?

Main janji sampai habis duit negeri kelak macam berlaku di Selangor.

Nizar sedar dia sudah tidak akan mendapat undi Melayu dengan kebodohan, kebangangan, kebengungan, dan tidak kurang kebaralannya. Maka dia hanya perlu undi Cina saja
.