Banyak yang sudah disebut tentang hudud ini. Dari sebuah hukum yang tidak boleh tidak mesti dilaksanakan sehinggalah disahkan sendiri oleh Presiden PAS, ‘Tuan Guru’ Abd Hadi Awang sebagai hukum yang tidak memerlukan kesegeraan untuk dilaksanakan.
Bahkan, negara Islam yang mana hudud adalah komponen utama bagi sistem perundangannya pada pandangan PAS, juga disahkan Hadi Awang sebagai tidak disebut dalam Al-Quran, sebaliknya yang disebut ialah negara berkebajikan.
Penulis dari dulu pun bepandangan hudud hanyalah ‘tool’ politik PAS demi menarik undi dan sokongan daripada orang Islam di negara ini, secubit pun tidak berbeza.
Pedulilah sama ada PAS ada janji mengenainya atau tidak, apatah lagi bila digugurkan dari perjuangan PAS, ia tetap tidak akan dilaksanakan kerana isu itu bahan menarik undi bukan benar-benar nak buat pun.
Kini isu hudud yang sudah disenyapkan buat beberapa ketika, muncul kembali. Semua bermula bila akhbar mendedahkan keinginan Nik Aziz DV1 untuk mencari peluang nak melaksanakan hudud jika Pakatan berpeluang memerintah.
Dan seperti mana biasa, kenyataan situa nyanyuk ini sudah tentu mengundang kecaman dari DAP yang bersekutu dengan PAS dalam pertubuhan haram Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang yang menyifatkan Nik Aziz sebagai ‘gila’ dalam post twitternya.
Mengambil kira sejarah yang lepas-lepas juga, dijangka selepas ini akan adalah seorang lain dalam kepimpinan PAS/Pakatan yang memberi kenyataan ‘menang menang’ untuk mententeramkan keadaan. Paling tidak UMNO dan media akan dipersalahkan. Kemudian, semuanya akan senyap semula.
Biasanya macam itulah, sebab itu penulis tunggu beberapa hari selepas kenyataan Nik Aziz baru nak menulis artikel ini sebab confirm akan ada yang membalas, terutama dari DAP. DAP memang cukup trauma dengan hudud tapi itulah jugak yang dilihat ‘alim’ oleh PAS sehingga boleh bersekutu.
Plot drama ini memang sudah dijangka, tidak pernah berubah dan akan kekal begitu untuk satu tempoh masa lagi. Walaupun Pakatan sentiasa bercakap tentang perubahan (termasuk mengubah bendera Malaysia dan mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan) tapi dari segi propaganda politik masih ‘tang’ itu juga.
Rakyat tertanya-tanya sampai bila polemik politik mengenai hudud ini akan ada penghujungnya?
Tidakkah PAS rasa bersalah sedikit pun kerana mempolitikkan isu hudud ini tanpa berkesudahan? Nak kata serius nak laksanakan pun tidak juga, dah memerintah beberapa negeri sebelum ini, paling tinggi hanyalah draf, hukumnya masih tak jalan-jalan. Yang sering dijadikan alasan ialah perlembagaan menghalang, tapi masa janji nak dapat undi, tak sebut pulak perlembagaan menghalang?
Perubahan dari negara Islam kepada negara berkebajikan dan kerjasama PAS dan DAP itu sendiri juga adalah bukti yang hudud tetap tidak akan dilaksanakan dalam apa jua keadaan sekarang.
Semua ini jelas sebenarnya dan penulis masih tidak faham kenapa ia masih timbul dalam politik PAS. Menariknya, setiap kali PAS ada masalah kemerosotan sokongan dari rakyat seperti ketika ini (sehingga ke tahap dihalau dan dihalang seperti dalam kes menemui waris Bukit Kepong), isu tradisi berkaitan dengan PAS seperti hudud akan timbul balik.
Nampak sangat hudud dipolitikkan, bukan nak bahas tentang agama.
Hadi baik, Nik Aziz baik, bukanlah orang yang punya kelayakkan untuk bercakap tentang hudud pun. Gelaran Tuan Guru yang diletak pada pangkal nama masing-masing hanyalah untuk 2 perkara, 1) membezakan kedua orang ini dari gelaran ustaz yang biasa 2) untuk membezakan dengan sami besar hindu yang biasa digelar “Guru’ saja tu.
Ini cakap dalam konteks keagamaan, bukan perguruan ya. Sat lagi ada jugak yang bengap-bengap ni tulis ‘abeh cikgu sekolah tu sami hindu jugaklah’. Demi nak mengelakkan semua ini, penulis kasi clear awal-awal.
Pendek kata 2 ekor ini jahil bab bab hudud ini, yang depa pakar ialah macam mana nak putar alamkan hudud ni sesuai dengan kepentingan politik peribadi masing-masing. Bukti kejahilan itu banyak, bersepah. Sekadar menyebut satu, perbezaan draf hudud Terengganu dan Kelantan, satu boleh liwat isteri, satu lagi tak boleh.
Dengan itu menjadikan 2 orang ini tidak layak bercakap soal hudud apatah lagi nak ‘menguruskannya’ lengkap dengan keadilan yang selari dengan Islam.
No comments:
Post a Comment