ASSALAMUALAIKUM....SALAM PERJUANGAN.
APA YANG HARAKAH CERITA NI?? BAGI AKU ISU NI LANSUNG TAK RELEVEN UNTUK DI BINCANGKAN..KERANA BAGI AKU BENDA YANG BELUM DI LAKSANA RASA NYA TAK PERLU LAH KITA BINCANGKAN KERANA KITA SENDIRI BELUM LIHAT APA KEPUTUSANYA..KLU BETUL PUN HARAKAH NAK MENGHENTAM KERAJAAN PASAL PEMANSUHAN YURAN DAN KOS YURAN TAMBAHAN AKU CADANGKAN KITA TUNGGU DAN LIHAT SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN BARU BERMULA TAHUN DEPAN.. APA KATA ANDA ?? MARI KITA LIHAT ANTARA BAIT2 AYAT DARI HARAKAH YANG LEBIH KEPADA PERCUBAAN MEMANCING UNDI..
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan. “Apakah maksud yuran percuma?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu. Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti. “Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa,” katanya. Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa. Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma. Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah. Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100. “Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang,” ujarnya lagi. Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa. Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma. Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia. Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja. “Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang,” ujarnya. INFO PENUH DI http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5934-benarkah-yuran-sekolah-2012-percuma KESIMPULAN NYA ADAKAH HARAKAH INGIN MEMBANTU IBU BAPA ATAU CUBA MEMANIPULASI FIKIRAN IBU BAPA SUPAYA MEMBENCI KERAJAAN.. ANDA FIKIR KAN SENDIRI DENGAN MELIHAT SUSUNAN KATA YANG DI MAIN KAN OLEH HARAKAH P/S : KENAPA PIBG PUN TERMASUK DALAM HAL INI?? ADAKAH SEMUA SEKOLAH MEWAJIBKAN IBUBAPA MEMBAYAR YURAN PIBG ?.. HARAKAH NI SAMA JE MCM WRDINA RUPA NYA.. INI PANDANGAN SECARA PRIBADI AKU...FIKIR DULU SEBELUM MENGUNDI SALAM PERJUANGAN ! 12.OKTOBER.2011 BY : ~PENA BERDARAH~ |
Admin tolong le tukar kaler kuning tu ke kaler biru baru la umno..bukan ape sakit mate n xboleh nak bace....
ReplyDeleteHIDUP bn n umno!!!!!!!!!