ASSALAMUALAIKUM..
KALI NI BUKAN NAK BERCERITA PASAL POLITIK..KALI NI AKU NAK BERCERITA PASAL ARTIS LA PULAK... DALAM AKU BELEK-BELEK BLOG KAWAN2 BLOGER AKU TERNAMPAK 1 ARTIKEL DARI BLOGER http://kulaanniring.blogspot.com YANG BAGI AKU CUKUP MENARIK..
CERITA BERKENAAN ARTIS KITA YANG BERKATA TENTANG YURAN PIBG..DIA TAHU KE TIDAK APA ITU YURAN PIBG ?? MARI KITA SAMA2 LIHAT APA YANG DI CERITAKAN OLEH RAKAN BLOGER KITA DI BAWAH NI...
Tuesday, 11 October 2011
Wardina Tak Suka Yuran Sekolah Sahaja Dikecualikan, Yuran PIBG Macam Mana????
Sebenarnya tulisan saudari Wardina Saffiyah di laman twitternya sudah lama diperhatikan oleh saya, kebanyakkan yang ditulis tidak dinafikan ada unsur-unsur nasihat yang berguna kepada para peminatnya. Namun kadangkala kecewa juga bila dalam masa yang sama saya melihat twitternya digunakan untuk menyerang, perli, sindir kepada kerajaan pemerintah.
Dulu Wardina Saffiyah pernah dibalun teruk oleh blogger sehingga beliau bercuti daripada mengacara program MHI selama dua minggu dan mengugut untuk menyaman bloggers yang menyiarkan gambar lampaunya. Ketika sidang media bersama peguamnya saya dapat melihat wajah Wardina Saffiyah yang dilihat begitu tertekan dengan hentaman bloggers kepadanya.
Tapi Wardina Saffiyah tidak menjadikan peristiwa terbabit sebagai pengajaran untuk beliau terus berhati-hati sebelum menulis status twitternya memandangkan beliau seorang personaliti. Hari ini beberapa pihak menyatakan perasaan marah mereka atas tindakan Wardina Saffiyah yang bertindak 'Retweet' (RT) satu kenyataan mempertikaikan yuran PIBG.
Isunya bermula bila Wardina Saffiyah Retweet kenyataan di bawah :
Bila kita menggunakan akaun twitter, bila kita retweet (RT) kenyataan orang lain, ini bermakna kita setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa Wardina Saffiyah bersetuju dengan apa yang di'tweet' oleh Najilah Ishak yang mempertikaikan pemansuhan yuran sekolah dalam Bajet 2012.
Saya tidak tahu individu ini pernah hadir dalam mesyuarat PIBG atau pun tidak, kerana setahu saya yuran PIBG ditetapkan oleh YDP mengikut kemampuan pelajar, dari situ guru-guru mengenalpasti pelajar yang mana berkemampuan atau sebaliknya. Sebab itu ada banyak sekolah hanya menetapkan yuran PIBG pada kadar RM10 sahaja.
Selepas bertindak RT tweet tersebut, Wardina Saffiyah teruk dihentam oleh pengguna twitter lain termasuk YB Khairy Jamaluddin dan beberapa rakyat yang saya lihat jelas mereka non partisan. Antara twitter yang menghentam Wardina Saffiyah :
Bukan sahaja di twitter bertindak menghentam wanita paling Islamik ini, tetapi situasi tersebut turut panas di beberapa page facebook :
Lihat tindakan Wardina Saffiyah yang jenis tidak bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya.
Betul maaf - bermaafan adalah perkara yang baik, tapi sebagai ikon Wardina Saffiyah sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyelidik terlebih dahulu kenyataan yang di tweet oleh rakan-rakannya sebelum bertindak RT kepada peminatnya di twitter dan facebook.
Kita tidak pernah menghalang Wardina Saffiyah menyatakan pandangannya di mana-mana laman sosial, cuma sebagai artis beliau sepatutnya bijak dalam berkata-kata memandangkan setiap tutur katanya kadangkala menjadi ikutan para peminatnya.
Tak seronok kalau tulis pasal artis kita tak 'bantai' dia sikit, jadi saya nak 'bermanja' sikit dengan personaliti TV 'idola' saya ini dengan merujuk tweetnya di bawah :
Ok katanya dia tidak berminat majlis perkahwinan yang besar-besaran tapi minat dalam majlis sederhana yang barakah dan diredhai Allah. Amboii...amboi...amboi... (pinjam ayat pondan si Azwan Ali) sebelum bercakap elok Wardina Saffiyah kencing dalam tempurung dan tilik mukanya kerana majlis perkahwinan kaum keluarganya turut diadakan secara besar-besaran.
Skodeng sikit...
Skodeng sikit...
Opps.. saya tidak membenci Wardina Saffiyah, malah saya merupakan peminat setianya setiap kali beliau mengacara MHI, tapi bila melihat beliau berkata-kata sahaja pandai tapi tidak merealisasikan dalam kehidupan sehariannya, saya beranggapan Wardina Saffiyah jenis manusia yang hipokrit!
Itu majlis perkahwinan... bagaimana dengan majlis aqiqah anak Wardina Saffiyah...?
Saudara pembaca lihatlah di sini, jika itu bukan majlis aqiqah melibatkan anak Wardina elok saman sajalah penulis gossip artis ini, sederhananya majlis aqiqah anak Wardina KLIK
Wahai Wardina Saffiyah, sokonglah parti mana yang kamu mahu, jatuhkanlah pemimpin mana yang kamu suka. Tapi sebagai 'public figure' lebih baik sekiranya kamu memeriksa fakta sebelum bertindak RT sesuatu perkara.
ARTIKEL ASAL DARI BLOG : http://kulaanniring.blogspot.com
Awek Kg Tunku & Sri Aman ni mmg perangai mcm ni kowt...br pakai tudung nk tnjk alim...I used to like a girl like this...coincidently they live & study @ the same school...Yet hypocritical Tup2 tindik pusat la Gi clubbing last nikah ngan bapok sekolah agama hopikrit haha
ReplyDeletePandang lg rendah kt org