Tuesday, 18 October 2011

KATA POK NIK " KITA PERLU PILIH PEMIMPIN ISLAM"



Assalamualaikum Salam Perjuangan,

Mari kita renungkan kata2 Pok Nik tentang pemilihan pemimpin untuk memimpin kita rakyat Malaysia.
Kata Pok Nik kita perlu memilih pemimpin Islam...apakah Anuar sahaja yang dianggap pemimpin Islam???
Apakah Tun M dan Najib bukan pemimpin Islam?bkn juga yang beragama Islam?

Dulu Pok Nik suruh Ghafar Baba mempelajari Islam,supaya perkara2 utama dalam Islam dapat di fahami oleh Tun Ghafar.Pok Nik kita ni nampak nya seperti kasyaf iaitu yang mempunyai cara tersendiri boleh melihat siapa yang tidak memahami Islam dan siapa yang Islam dan siapa yang tidak Islam.

Pok Nik pernah menyuruh bekas  timbalan perdana menteri mendalami agama Islam, kita fikir eloklah kita mengingatkan ulamak PAS ini bahawa beliau pun patut belajar sama, kerana banyak manalah ilmu di dada manusia selagi kita bersifat HAMBA.Allah sahaja yang Maha Mengetahui,Allah sahaja yang Menguasai Ilmu dan junjungan Nabi pernah berkata,sekiranya baginda gedung ilmu maka Ali bin Abi Talib karammulallah hu wajha r.a adalah anak kunci ilmu.Sebab itulah Islam menyuruh kita menuntut ilmu dari buaian hingga keliang lahat.

Saya rasa suasana dan tempat Pok Nik menurunkan fatwa bahawa orang-orang "BN TAK BOLEH UNDI SELAIN CALON BN.ISLAM PUN TAK BOLEH UNDI SELAIN DARI CALON ISLAM" adalah satu fatwa yang berbahaya dan mungkin akan merosakkan akidah.Jangan lah kerana marah kan sangat pada Tun M,sehingga Pok Nik terpaksa keluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan,sesat yang menyesatkan.
Pada pandangan saya Pok Nik masih tidak tahu selok belok dan permainan politik,lebih-lebih lagi politik puak-puak serpihan yang baru keluar dari UMNO.Mereka bkn sahaja mahu menjerat Pok Nik dan parti Pas tp mereka sendiripun membunuh karier politiknya sama.

Boleh lah kita ringkas kan disini bahawa Pok Nik lebih memolitikkan agama semata-mata untuk menang pilhan raya.Bagaimana hukumnya penyokong2 PAS yang menyokong calon DAP?

p/s: buat juak-juak PAS apa hukumnya bersekonkol dgn ambiga yang ingin menjatuhkan Islam??



~PENA BERDARAH~

No comments:

Post a Comment