Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata Pesta Tahunan Gay dan Lesbian yang dianjurkan Seksualiti Merdeka 2011 salah satu contoh gelombang terbaru atas nama hak asasi manusia yang perlu dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu di negara ini.
“Golongan yang cuba membawa pengaruh ini menjadikan hak asasi manusia sebagai modal mereka, sedangkan kita semua sedia maklum, program itu cuba dieksploitasi oleh kumpulan yang mempunyai agenda politik.Sebagai rakyat Asia,kita kena sedar,kita berada di rantau Asia dan mengamalkan budaya Asia.Jangan samakan budaya Barat dengan budaya kita (Asia) kerana di Barat, mereka boleh berjalan tanpa memakai pakaian kerana itu bagi mereka hak asasi,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia
Pesta Tahunan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear’ bermula 1 November hingga 13 November 2011 dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan,jam 8 malam di The Annexe Gallery, bersebelahan Central Market, Kuala Lumpur.Program itu adalah acara sambutan tahunan yang bermula sejak tahun 1998, dianjurkan oleh kumpulan LGBT Malaysia dengan sokongan padu badan-badan LGBT Malaysia, termasuk; The Annexe Gallery, PT Foundation, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books dan lain-lain.
NGO-NGO hak asasi manusia dari dalam dan luar negara, termasuk ; Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, Amnesty International turut memberi sokongan padu terhadap pogram tersebut.The Annexe Gallery yang menjadi tapak utama sambutan pesta tahunan itu pula disokong penubuhannya oleh yayasan-yayasan luar negara termasuk Goethe Institut dan Japan Foundation.

SELANJUT NYA KLIK :DI SINI
TQ TO : BADUT RAKYAT
No comments:
Post a Comment