KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis bernama Shida Harmi..hmm… yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.
Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan  dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan  reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.
Seakan-akan menerima nasib malang buat  Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia  Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi  panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar  luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan  tempat yang eksklusif.
Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan  penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di  portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi  di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil  beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat.
SUMBER DARI : mummynemo.com


No comments:
Post a Comment