Dalam
Ops Daulat yang masih diteruskan, beberapa mayat penceroboh telah
diteui oleh Joined Forces Polis-ATM. Apa yang mengejutkan adalah tangkal
bertulis kalimah al-Quran dan iainya dipakai di celah kelangkang dan
pinggang penceroboh tersebut.
Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat
pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan
negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi
"Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut
menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah
kelangkang serta di pinggang.
"Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka
kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik
kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan," katanya.
Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas
Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal
darahnya. Yang boleh Keris katakan mereka sedikit terbawa fahaman Syiah
yang menghalalkan darah saudara seIslam.
Sementara itu deadaan di Felda Sahabat adalah terkawal terdapat
bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op
Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan
keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo
dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu
sejak 12 Feb lalu.
Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150
kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti
masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.
Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang
datang dari kawasan zon merah Ops Daulat pada 1 pagi dan 7.30
pagi. Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter
berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.
Kita sama-sama doakan mereka yang berada di Sabah terutamanya para
peneroka Felda Sahabat 16 dan 17 yang menjadi sasaran uak penceroboh
bersembunyi.
P/S : ARTIKEL DARI BLOGER TAIPING CENTRAL
No comments:
Post a Comment