Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi
"Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.
"Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan," katanya.
Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya. Yang boleh Keris katakan mereka sedikit terbawa fahaman Syiah yang menghalalkan darah saudara seIslam.
Sementara itu deadaan di Felda Sahabat adalah terkawal terdapat bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.
Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.
Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Ops Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi. Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.
Kita sama-sama doakan mereka yang berada di Sabah terutamanya para peneroka Felda Sahabat 16 dan 17 yang menjadi sasaran uak penceroboh bersembunyi.
P/S : ARTIKEL DARI BLOGER TAIPING CENTRAL
0 comments:
Post a Comment