Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Showing posts with label OHH SYABU. Show all posts
Showing posts with label OHH SYABU. Show all posts

Tuesday, 18 October 2011

MANA HILANG NYA DUIT TABUNG MANGSA MEMALI ? MAT SABU BOLEH TOLONG JAWABKAN TAK ??





Ketika membuat ucapan penggulungan, Mat Sabu mencadangkan agar 
Majlis Syura membuat audit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS. Audit itu pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jikalau perlu memanggil mereka bagi tujuan pelurusan atau pembetulan.
Sekali dengar, lunak benar ucapan Timbalan Presiden PAS yang baru ini. Nampak macam PENYAPU BARU yang dilihat boleh menyapu segala masalah dengan sekali cakap.
Masalahnya PENYAPU BARU itu jugalah yang terlibat dalam masalah TABUNG MEMALI yang sehingga sekarang, masih belum-belum selesai. PENYAPU BARU tak mahu bercerita ke, ke mana habis duit-duit berkenaan dibelanjakan, sungguhpun siasatan pihak berkuasa mendapati ‘tiada penyelewengan’.
TABUNG MEMALI diwujudkan atas dasar kononnya untuk membela ahli keluarga puak-puak PAS Memali yang terbunuh dalam konflik dengan pihak berkuasa pada pertengahan tahun 1980-an. Keinginan meluap-luap untuk melihat kewujudan Negara Islam dari kalangan orang Melayu Kampung yang sebelum itu hidup dengan adat dan kurang menelaah Islam, akhirnya mencetuskan konflik yang memakan nyawa. Ditokok pula dengan wujudnya unsur-unsur jenayah yang cuba dilindungi dengan label agama apabila Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya enggan menyerahkan dua orang penjenayah yang diburu pihak polis dengan alasan HAK!
Kepimpinan baru PAS yang menukar strategi daripada perjuangan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, tentu sekali tidak boleh mengenepikan sama sekali Tragedi Memali 1985. Kerana Negara Islam, Ibrahim Mahmud dan para pengikutnya terkorban dimamah peluru polis. Kerana Negara Islam jugalah, Tabung Memali ditubuhkan. Dan kerana Negara Islam, duit dari tabung berkenaan, lesap entah ke mana dengan waris dan ahli keluarga mangsa korban peluru polis, menuntut keadilan daripada kepimpinan PAS semenjak dari zaman Fadhil Noor sehinggalah sekarang.
Mat Sabu tak mahu jawab tentang Tabung Memali? Mat Sabu tak mahu auditing dibuat terhadap Tabung Memali dan sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap Tabung Memali, Mat Sabu tak mahu Majlis Syura menyiasatnya?
Pastinya Cikgu Non boleh membantu Majlis Syura. Mungkin juga isteri Allahyarham Ibrahim Libya boleh membantu Majlis Syura! Dan rasa-rasanya hampir kesemua waris serta ahli keluarga mangsa Memali, teringin benar membantu Majlis Syura untuk melakukan auditing sekaligus menjelaskan ke mana hala sebenarnya wang dari Tabung Memali yang dikutip selama bertahun-tahun tetapi tidak sampai kepada golongan yang dijadikan umpan dan modal untuk kutipan!

SUMBER DARI : www.warisan2057


»»  read more

Thursday, 13 October 2011

MAT SABU DAPAT ANGPOW ! PERLAKUN TERBAIK !!

INI ANTARA DUIT RAKYAT YANG PEMIMPIN ATASAN DAPAT..KENAPA PULAK TIDAK DI PERTIKAI OLEH JUAK2 PR ?? MASIH NAK MENCARI KESALAHAN PEMIMPIN UMNO WAL HAL MEREKA X SEDAR YANG PEMIMPIN MEREKA LAGI TERUK !! MARI KITA TENGOK APA HABUAN APA ABG MAT SABUNORMAH  DAPAT !! INI BUKTI NYA


Seronok rupa-rupanya jadi pemimpin fuckatan ini ye! Mana taknya, join demo haram, berlakon kena langgar, duduk atas wilcha, terus dapat RM 8 Ribu! Lumayan tu! 

PATUT LA BOLEH CLAIM MCM NI BANYAK !! RUPA-RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK MEE.. MARI KITA TENGOK SIAPA ABAG MAT SABUNORMAH NI DALAM PBAPP

 
TGOK TU Mat Sabu sebagai senarai Director dalam PBAPP


P/S : JUAK2 PAKATAN JANGAN DUK DIAM..TU DUIT RAKYAT YANG MAT SABU DAPAT TU!
»»  read more

Saturday, 1 October 2011

~TERISTIMEWA UNTUK MAT SABU~

RISALAH YANG PERNAH DIEDARKAN OLEH PARTI PAS YANG TELAH DI LUPAI OLEH MAT SABU, PEMIMPIN PAS DAN AHLI-AHLI MEREKA.


Teristimewa Untuk Seorang Pengkhianat Bangsa~Mat Sabu~

B~Biarkan menjadi sejarah
U~Untuk apa diungkit...dipertikai...dibahas
K~Kerana seorang yang bernama PENGKHIANAT
I~Inilah bangsaku yang lupa diri
T~Terus menangguk diair yang keruh

K~Ketika semua mahu memartabatkan agama bangsa dan negara
E~Entah dari mana...tiba-tiba ada onar dan duri
P~Paling menyedihkan buta sejarah
U~Untuk apa disimpan yang bernama pengkhianat
N~Namanya perlu dikuburkan
G~Galikan tanah...kebumi kan sahaja.....

~Sekian~
»»  read more

Tuesday, 27 September 2011


Kekecohan tercetus apabila penyokong Pas bertembung dengan sekumpulan penduduk yang majoritinya terdiri daripada bekas anggota tentera yang membantah kehadiran Mohamad Sabu untuk berceramah pada satu majlis di Ampangan, Negeri Sembilan, malam semalam.

SEREMBAN 25 Sept. – Kemarahan segelintir pihak terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu (gambar) sampai ke kemuncaknya apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 80 orang itu berhimpun 50 meter dari tempat majlis berlangsung sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran pemimpin tersebut ke negeri ini berikutan kenyataannya yang menghina pejuang negara baru-baru ini.

Mereka yang berhimpun seawal pukul 8.40 malam itu turut membawa sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk Mat Sabu.

Perhimpunan tersebut yang pada mulanya berlangsung dalam keadaan aman bertukar menjadi panas seketika apabila Mat Sabu mengambil giliran menyampaikan ceramahnya kira-kira pukul 10.15 malam.

Selang beberapa minit Mat Sabu menyampaikan ucapannya, beberapa peserta perhimpunan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan berlaku tolak-menolak dan pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Dalam kekecohan tersebut, beberapa tetamu turut cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Namun, kekecohan yang berlaku selama kira-kira 15 minit itu terlerai dengan kehadiran anggota polis yang kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak agar bertenang.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya hampir satu jam sebelum majlis berkenaan berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Dalam pada itu, jurucakap NGO terbabit, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan tersebut bagi mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kerana menghina pejuang kemerdekaan.

‘‘Ramai yang hadir pada perhimpunan ini adalah bekas tentera yang terguris dan rasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

‘‘Kami mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara ini,” katanya di sini semalam.

Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.

Berikutan itu, Rabu lalu, Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor bulan lalu.
»»  read more

Thursday, 22 September 2011

Mengapa Mat Sabu Gelar Anwar, Al Sheikh Al Juburi ?

Kejujuran Mat Sabu mengaku bahawa dia pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Sheikh Al Juburi patutlah dipuji. Sekurang-kurang dia ikhlas dalam membuat tuduhan, walaupun kini dia sendiri telah angkat bendera putih. Klik di sini
Persoalannya kenapa Mat Sabu yang ketika itu penceramah PAS paling tersohor sanggup gelar Anwar dengan label yang paling hina, Al Juburi ?
Tiada mana-mana individu yang sanggup memberi gelaran sehina itu kepada Anwar kecuali tokoh PAS tersohor itu.
Bermulanya Kisah Al Juburi
Kes ini berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO yang merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Pada 5 Ogos 1997, adik bongsu kepada Azmin Ali telah menghantar sepucuk warkah keramat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melaporkan skandal Anwar terbabit dengan bini orang – bini Azmin Ali dan meliwat seorang pemandu bernama Azizan Abu Bakar. Klik di sini
Bini Azmin namanya Shamsidar Taharin yang merupakan kakak ipar kepada Ummi Hafilda sendiri. Manakala Azizan Abu Bakar pula merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.
Lepas tidak tahan kena liwat dengan Anwar, ketika jadi pemandu peribadi isteri Anwar, Azizan berhenti kerja dan jadi pemandu peribadi bini Azmin, Shamsidar Taharin pula.
Rupa-rupanya keluar dari mulut singa, masuk pula ke mulut buaya. Sebab itu Azizan lapor kepada Ummi Hafilda tentang perilaku pelik Anwar yang boleh main depan, belakang !
Lepas Ummi Hafilda dan Azizan hantar surat kepada Dr Mahathir, tidak lama lepas itu laporan itu sampai ke tangan Anwar.
Barangkali Dr Mahathir serah laporan itu kepada Anwar untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu. Sudah tentu, masa itu Dr Mahathir lebih percaya kepada Timbalannya, Anwar Ibrahim berbanding dengan dua rakyat biasa, Ummi Hafilda dan Azizan.
Anwar yang punya kuasa sebagai TPM, arahkan polis dan SB pergi cari Ummi dan Azizan untuk dapatkan surat penafian tuduhan tersebut.
Pada peringkat ini, Ummi dan Azizan sudah takut.
Siapa tak takut beb, bongkar skandal TPM. Polis pula kejar. Tiada pilihan lain, PM suruh TPM jawab, TPM pula arah polis maka tiada pilihan lain, kedua individu itu temui pembangkang, Karpal Singh, peguam terkenal dari DAP.
Karpal pula, masa itu bak kata pepatah, ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Apa lagi ngap !. Ambil dokumen Ummi, ambil surat bersumpah Azizan ! Jaja kat Parlimen ! Jaja kat ceramah DAP !
Macam ada link pulak. Lepas dihidu DAP, Mat Sabu, wakil PAS pula terbau pekung Anwar itu.
Menurut Ummi Hafilda, Mat Sabu yang menjawat sebagai Ahli Parlimen PAS Nilam Puri, Kelantan dan geng-gengnya, datang sendiri ke pejabatnya di Danau Kota, Setapak. Bukan Ummi yang cari Mat Sabu tapi Mat Sabu yang cari Ummi.
“Tiada buaya yang lebih bahaya kalau tidak lain dan tidak bukan iaitu ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’..maaf gelaran ini bukan saya yang bagi, title ini telah ditauliahkan oleh Mat Sabu, setahun sebelum Anwar dipecat oleh ayahanda Mahathir.
“Inilah kemunafikan orang-orang PAS. Saya masih ingat setahun sebelum Anwar dipecat pada tahun 1997, bagaimana Mat Sabu telah datang ke pejabat saya bersama orang-orang PAS untuk mengorek rahsia siapa Anwar yang sebenarnya.
“Terlalu banyak cerita yang Mat Sabu dapat dari saya dan Azizan bin Abu Bakar, mangsa liwat 17 kali oleh Anwar Ibrahim.
“Bila Mat Sabu dah confirm, dah dapat cerita, Azizan siap bersumpah laknat di pejabat saya di Danau Kota, Mat Sabu balik ke Kelantan bercerita dengan orang-orang PAS dan dia pula menganyang ayahanda Mahathir di dalam Parlimen. Dia menggelar Dr Mahathir Mohamad menyimpan seorang homoseksual yang digelarnya sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’, kata Ummi Hafilda.
Keterangan Ummi itu diakui sendiri oleh Mat Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi Othman (ketika itu pengarang majalah TAMADUN, sekarang Ketua Pengarang Harakah) pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat TAMADUN.
Tamadun – Khabarnya Saudara pernah berjumpa dengan orang yang menulis surat terbuka itu? Adakah sebarang maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan kami?
Mat Sabu – Ya, penulis juga bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa, tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment (Tivoli Villa) bersama dengan pasangan (Shamsidar) yang tertuduh itu.
Jadi, pendirian penulis surat itu tidak berubah. Dan dia kelihatan takut untuk bertembung dengan orang. Kalau dia bertembung dengan seseorang dikhuatiri dia akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan.
Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.
Mengapa Mat Sabu Gelar Al Juburi ?
Berdasarkan senario di atas, kita kembali kepada persoalan asas, kenapa Mat Sabu tergerak hati mahu jumpa Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ?
Mesti ada motivasi besar di sebalik itu hingga mendorong dia melangkah kakinya mencari saksi-saksi yang boleh mengesahkan tabiat buruk Anwar.
Persoalan kedua adalah kenapa Mat Sabu sanggup melabelkan kata-kata yang paling hina, Al Juburi, kepada Anwar ?
Mesti perkataan yang terbit dari mulut Mat Sabu itu hasil dari keyakinannya melihat dan mendengar sendiri pengakuan dari mulut saksi.
Ketiga, kenapa Mat Sabu pilih gelaran ‘Al Juburi’ dan bukannya gelaran-gelaran yang lain ?
Jubur maksudnya belakang atau bontot, tetapi dalam loghat Kelantan, jubur juga bermakna kemaluan perempuan di bahagian hadapan.
Maknanya Mat Sabu yang berasal dari Pulau Pinang, tetapi bertanding di Kelantan telah memahami sentimen budaya Kelantan dan luar, memilih gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan Anwar adalah lelaki yang tidak normal, suka main depan (Shamsidar Taharin) dan suka main belakang (Azizan Abu Bakar).
Bijak..bijak..gelar Al Juburi, maksudnya Anwar suka main depan, belakang, sama rasa, sama rata !
Namun, ada satu lagi sebab yang paling utama kenapa Mat Sabu sanggup mencari Ummi dan Azizan serta memberi gelaran Al Juburi kepada Anwar. Sebab itu adalah faktor dendam.
Kenapa Mat Sabu berdendam dengan Anwar ?
Sebabnya, Anwar merupakan kepala konspirator, penangkapan Mat Sabu berkhalwat di bilik Hotel Perdana, Kota Bharu pada 31 Januari 1995.
Kes khalwat Mat Sabu itu berlaku selepas dua tahun Pas Kelantan meluluskan usul Hudud dan Qisas di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Anwar dan Kes Khalwat Mat Sabu
Anwar ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan begitu powerful mendapatkan semua maklumat secara pantas melalui risikan SB dan polis serta menguasai hampir kesemua media khususnya, TV3 untuk memprojek imej baiknya dan menyebarkan imej buruk musuh-musuh politiknya.
Maknanya risikan hubungan Mat Sabu dengan bini kawan baiknya, bernama Norma, begitu pantas sampai ke telinga Anwar.
Pada 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu check in dan menginap di Hotel Perdana Kota Bharu di bilik no 121.
Sekitar jam 9 pagi, 31 Januari 1995, seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemuiSenior Receptionist hotel tersebut untuk meminta senarai penginapan tetamu.
Kehadiran polis sudah hadir lebih awal di hotel itu seolah-olah mereka telah dapat menghidu sesuatu apa yang akan bakal berlaku di hotel itu.
Mungkin telah berlaku berkali-kali di hotel itu, hingga modus operandi itu dapat dikesan oleh pihak polis. Klik di sini
Seperti dijangkakan selepas itu muncul seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung, yang bernama Norma telah memasuki bilik Mat Sabu.
Katanya pada hari kejadian itu, Mat Sabu tertinggal ‘ubat’ di rumah rakan baiknya. Sebagai justifikasi membolehkan isteri rakan Mat Sabu iaitu Norma, telah pergi ke hotel tersebut untuk menyerahkan ubat tersebut.
Tetapi timbul persoalan kenapa Norma perlu masuk keseorangan ke dalam bilik Mat Sabu semata-mata untuk menyerahkan ubat tersebut?
Kenapa tidak serahkan kepada pihak hotel ataupun membuat panggilan telefon dari kaunter pertanyaan supaya Mat Sabu turun mengambil ‘ubatnya’ di lobi hotel ?
Tidak lama selepas itu pihak polis, media dan tujuh orang pegawai Jabatan Agama (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan – JAHEIK) datang dan mengetuk pintu bilik no 121. Setelah 20 minit barulah pintu bilik itu dibuka.
Ketika pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau dan pasangannya, Norma tidak bertudung kepala serta cadar katil dalam hotel itu juga kelihatan tidak kemas.
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan mendakwa kes itu sebagai perangkap untuk mengaibkan Mat Sabu oleh pihak tertentu yang berpengaruh dengan alasan TV3 telah berada di lokasi sejak dari awal lagi.
Apabila dibawa ke Mahkamah Syariah, kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik hotel tersebut.
Inilah titik tolak dendam Mat Sabu kepada Anwar. Mat Sabu dimalukan pada tahun 1995, jadi apabila dia mendapat tahu Anwar juga mempunyai skandal pada tahun 1997, itulah faktor terbesar dia menemui saksi itu.
Anwar Perlu Bersih Diri
Pada Mat Sabu, Anwar walaupun hanya berjawatan TPM tetapi Anwar lebih ganas dari Dr Mahathir yang menjadi PM ketika itu.
Nukilan keganasan Anwar mengikut kaca mata Mat Sabu adalah seperti berikut :
Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3.
Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat ”keganasannya” melebihi Perdana Menteri, PM…..kita sudah tahulah yang anak beranak dan suku sakatnya terlibat dalam nepotisme.
Imej umum dikuasai oleh media yang juga dikuasai oleh orang nombor dua (Anwar Ibrahim). Pernah satu ketika, kalau menonton TV3, Kadang-kadang berita PM duduk ditempat keempat. Berita TPM diutamakan, barulah diikuti berita lain, yang keempat baru berita PM.
Tetapi apabila kita menghentam dalam ceramah–ceramah barulah kita nampak berita PM sudah di tempat pertama. Ertinya media dikuasai oleh orang nombor dua. Jadi, gambaran nepotisme itu hanya dilonggokkan kepada PM.
Kalau media tempatan, memang ia di bawah kawalan Anwar tetapi bagaimana pula dengan laporan media antarabangsa yang juga nampaknya menyalahkan Mahathir dan cuba hendak menaikkan Anwar.
Satu, media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi Barat ia telah menerima Anwar sebagai pemimpin yang sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini. Barat mahukan dua corak Islam.
Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai ke pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada masalah.
Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan betapa buruknya Islam.
Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.
Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.
Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.
Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukannya dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada pihak akhbar.
Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya.
Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.

Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

»»  read more

Panass... Rakaman Phonesex Mat Sabu 121 Bersama Isteri Kawan Bernama Nor...




»»  read more

Mat Sabu Dengan Aksi Kucing...Paling Lawak




»»  read more

Teristimewa Untuk Seorang Pengkhianat Bangsa~Mat Sabu~


Teristimewa Untuk Seorang Pengkhianat Bangsa~Mat Sabu~

B~Biarkan menjadi sejarah
U~Untuk apa diungkit...dipertikai...dibahas
K~Kerana seorang yang bernama PENGKHIANAT
I~Inilah bangsaku yang lupa diri
T~Terus menangguk diair yang keruh

K~Ketika semua mahu memartabatkan agama bangsa dan negara
E~Entah dari mana...tiba-tiba ada onar dan duri
P~Paling menyedihkan buta sejarah
U~Untuk apa disimpan yang bernama pengkhianat
N~Namanya perlu dikuburkan
G~Galikan tanah...kebumi kan sahaja.....

~Sekian~


»»  read more

MAT SABU X CUKUP DUIT NK BAYAR DUIT JAMINAN TERPAKSA MINTAK SEDEKAH


Betul-betul lawak slapstik!

Mat Sabu tak cukup duit nak bayar duit jaminan sampai Unit Amal kena gerakkan tabung. Kemudian kira duit yang terkumpul di hadapan wartawan dalam mahkamah. Konon-kononnya PAS miskin dan Mat Sabu pula memang pemimpin yang tidak berduit.

Tapi aku rasa pun, Mat Sabu jenis takdak duit dalam kocek atau memang kedekut nak keluar duit sendiri. Kalau dia ada banyak duit, takkanlah dia HADAP sangat RM3,000 dari Perbadanan Air Pulau Pinang untuk tuntutan memasukkan skru kat kepala lutut dia. Sebagai Ahli Parlimen, dia ada kemudahan untuk dapatkan khidmat perubatan dari hospital kerajaan, tapi dia pilih hospital swasta yang kos perubatannya mencekik darah.

Makna kata, Mat Sabu memang jenis HADAP. Duit sendiri kemut, tapi duit orang lain, dia mahu!

Itu yang berlaku di Mahkamah Sesyen pagi tadi apabila kecoh Mat Sabu tak cukup duit. Daripada RM15,000 yang ditetapkan untuk menjaminnya, Mat Sabu 'hanya mampu' menyediakan RM5,000 untuk dirinya. Lagi RM5,000 datangnya dari Toh Kim Woon, bekas Exco Kerajaan Negeri dan RM1,700 datangnya daripada tabung bergerak Unit Amal di Mahkamah Sesyen.

Punyalah nak berlakon marhein, sampai sanggup buat gimik yang bukan-bukan. Setakat RM15,000 apalah sangat. Ini bukan cerita orang kampung kena bawa ke mahkamah yang tidak menjadi Timbalan Presiden PAS. Ini Timbalan Presiden PAS. Kalau PAS Pusat 'terlupa' nak bantu pun, tentu PAS Pulau Pinang boleh keluarkan wang sebanyak itu.

Daripada jumlah RM50,000, Hakim dah turunkan menjadi RM15,000. Mustahil bagi seorang Timbalan Presiden PAS boleh 'jatuh miskin' dalam sekelip mata. Kalau dia call Husam Musa pun, aku gerenti, dalam sekelip mata sahaja, bukan RM15,000 Husam boleh hantarkan, beratus-ratus kali ganda dari itu pun boleh.

Sejak bercumbu-cumbuan dan bersetubuh dengan Anwar Ibrahim, perangai suka berlakon macam Anwar Ibrahim dah pun melekat kat batang tubuh Mat Sabu... sayangnya, lawak slapstik dan gimik murahan sebegitu, sudah tidak laku! 

»»  read more

Sunday, 18 September 2011

MAT SABU MENGAKU NORMAH MASUK BILIK DIA.. ZINA BERLAKU




»»  read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA