Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Wednesday 28 September 2011

PANAS !!! pengharaman permakaian tudung di kelantan !!!

 
TERKINI - PENGHARAMAN
PEMAKAIAN TUDUNG DI
IPTA / IPTS DI MALAYSIA.
Isu pengharaman
pemakaian tudung di IPTA
dan IPTS di Malaysia. Ahli-
ahli parlimen negara
sudah mendapat kata
sepakat bagi
mengharamkan
pemakaian tudung bagi
pelajar wanita di IPTA dan
IPTS di Malaysia ini
berikutan dengan faktor-
faktor kesihatan. Ini
kerana pelajar-pelajar
wanita yang memakai
tudung ini didapati kurang
mendapat prestasi yang
agak cemerlang.
Kenyataan ini juga
disahkan oleh pakar-
pakar di hospital selayang
yang membuat kajian
terperinci pemakaian
tudung ini. Mereka
berkata tudung ini akan
menyebabkan
pengedaran udara yang
kurang dan menyebabkan
kepala yang melindungi
otak akan menjadi kurang
segar dan akan
menjadikan otak mereka
tidak aktif seperti pelajar-
pelajar yang tidak
memakai tudung. Jadi
bagaimana isu ini boleh
berlaku topik ini sengaja
ditulis dan hanya disiarkan
kecil sahaja di bahagian
muka surat yang
sekiranya tidak diteliti
tidak akan nampak.
Adakah kerajaan Malaysia
takut akan hal ini. Yang
dulu begitu marah
terhadap Singapura yang
memberhentikan 2 orang
murid perempuan kerana
memakai tudung ke
sekolah. Ape susah jadi
dengan isu ini diam begitu
sahaja. Sekarang ape
sudah jadi paku dulang
paku serpih mengata
orang dia yang lebih.
Sekarang Malaysia
sanggup mengHARAMkan
pemakaian tudung pihak
JAKIM juga tidak dapat
berbuat apa-apa dengan
isu ini. Ini kerana
semuanya terletak di
tangan menteri-menteri di
Malaysia. Bagaimana pula
dengan Pak Lah yang
selalu menjadi Imam di
masjid-masjid, adakah
beliau juga bersetuju
dengan isu pengharaman
pemakaian tudung ini. Jadi
bagaimana seorang Imam
boleh setuju tentang
pengharaman pemakaian
tudung ini. Bagi pihak
Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia
(UIAM). International
Islamic University Malaysia
(IIUM) juga hanya
menunggu dan lihat
sahaja apa yang akan
terjadi. Universiti ini
dahulu yang mewajibkan
setiap pelajar wanitanya
memakai tudung apabila
memasuki kawasan
universiti kini hanya
mengambil endah tak
endah sahaja mengapa
MALAYSIA sekarang ini.
MALAYSIA yang dulunya
dikenali kerana agama
rasminya adalah agama
Islam. Kini boleh
mengharamkan
pemakaian tudung di
Malaysia yang kita semua
sudah maklum sebagai
seorang wanita Islam
wajib memakai tudung. Isu
ini sengaja tidak
digembar-gemburkan
agar tidak mahu berlaku
kekecohan ataupun apa-
apa reformasi. Pihak
media massa seperti TV
juga tidak mahu
mengambil inisiatif bagi
membetulkan semua ini.
Adakah Malaysia sudah
lemah.. Pihak menteri juga
sudah mengeluarkan notis
bagi pengharaman
pemakaian tudung ini di
semua IPTA dan IPTS dan
juga akan menghantar
notis ini ke sekolah-
sekolah. Pihak menteri
juga telah menyenaraikan
beberapa jenis tudung
yang haram dipakai
sewaktu berada di dalam
sekolah ataupun kawasan
kampus antara jenis
tudung yang tidak boleh
dipakai ialah:- 1)TUDUNG
SAJI; 2)TUDUNG PERIUK; 3)
TUDUNG TERMOS; 4)
TUDUNG CAT; dan
berbagai-bagai jenis
TUDUNG BOTOL yang selalu
menjadi permainan murid
sekolah masih di dalam
pemerhatian.
WKWKWKWKWK~!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA