Di atas, diberikan sedikit sebanyak fakta tentang perihal penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS. Perbadanan ini adalah termasuk salah satu cabang DEB untuk membantu sosio-ekonomi bumiputera yang ditubuhkan hampir di setiap negeri. Kemajuan dan keberkesanan yang dialami oleh PKNS sebelum ini telah menjadi pencetus semangat kepada banyak Perbadanan seumpamanya. Namun, PKNS yang diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Harun pada 1964 ini telah layu dan kehilangan asetnya yang berharga RM1.8 billion oleh tangan-tangan rakus yang tidak tahu menguruskan kepentingan Kerajaan Negeri Selangor.
Dilaporkan bahawa semalam, PKNS telah menjual aset-aset strategiknya yang berharga RM1.8 billion oleh pengurusannya. Aset-aset tersebut termasuklah Kompleks PKNS dan Shah Alam Convention Centre (SACC) di Shah Alam, bangunan PKNS di Petaling Jaya dan beberapa projek perumahan. Aset-aset ini dikhabarkan telah dijual kepada Amanahraya Berhad.
Kenapakah aset-aset ini dijual? Apakah PKNS tidak mampu lagi menguruskan aset-aset ini? Apakah aset-aset ini tidak lagi dapat menjana pendapatan untuk PKNS? Atau pentadbiran PKNS tidak tahu menguruskan aset-asetnya ini dengan bijak? Atau PKNS sudah kehabisan wang untuk beroperasi sehingga terpaksa menjual aset-aset strategik dan berharga itu?
Penulis tidak menafikan hak PKNS untuk menjual aset-asetnya. Tapi untuk apa pula aset-aset itu dijual? Apakah Kerajaan Negeri sudah kehabisan wang dan memerlukan suntikan dana RM1.8 billion untuk menampung operasinya? Apakah setelah Khalid Ibrahim gagal mendapatkan wang dari Pejabat Zakat Selangor, maka PKNS menjadi mangsa sebagai sumber untuknya “merompak” wang rakyat Negeri Selangor? Nampaknya rakyat Negeri Selangor terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapat khidmat Khalid dan konco-konconya untuk mentadbir Selangor!
Kompleks PKNS sebagai contoh adalah sebuah kompleks membeli belah yang majoritinya disewa oleh bumiputera. Apakah dengan penjualan kompleks itu, PKNS boleh menjamin hak-hak dan kebajikan peniaga bumiputera itu terpelihara? Bolehkah PKNS menjamin bahawa Amanahraya tidak akan menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks tersebut? Mujurlah dijual kepada Amanahraya yang juga salah satu agensi Kerajaan Pusat. Jika dijual kepada syarikat bukan bumiputera, kita sendiri tahu apa yang akan terjadi kepada nasib peniaga bumiputera di situ. Pasti cekik darah!
Apa lagi yang tinggal pada PKNS? Apa lagi asetnya yang ada? Apakah saki baki aset PKNS itu juga akan dijual oleh “syarikat” Khalid dan rakan-rakan? Saya percaya, jika boleh, Masjid Shah Alam itu pun Khalid nak jual. Kalau boleh, Stadium Shah Alam itu pun Khalid nak jual. Jika boleh, satu Selangor dia nak jual! Asalkan dapat memenuhi kocek Pakatan Rakyat, apa-apa pun dia sanggup jual. Khabarnya Khalid dan konco-konconya di Selangor sedang mengumpul dana untuk digunakan oleh Pakatan Rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Mungkin RM1.8 billion itu akan dapat membantu Khalid dan “geng”nya mengekalkan Selangor untuk sepenggal lagi. Setelah Selangor “botak licin” disebatnya, maka barulah Khalid akan melepaskan Selangor untuk dibina semula oleh BN. Memang “bagus” benar Menteri Besar kepada rakyat Selangor ini. “Bagus”? “Bagus” kepala hotak dia!
0 comments:
Post a Comment