Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Thursday, 29 September 2011

KEBENCIAN YANG DITUNJUKAN RAKYAT KEPADA PAS

Manifestasi Kebencian Rakyat Kepada Nik Aziz Membuak

Nampaknya tahap menyampah rakyat terhadap Nik Aziz sudah sampai ke tahap maksimum.  Banyak tindakan separa waras Nik Aziz kebelakangan ini yang semakin menyentuh sensitiviti rakyat terutama yang berkaitan dengan Islam dan yang berkaitan.
Gambar diatas dijumpai di Shah Alam, kawasan parlimen Khalid Samad yang begitu giat menyokong penggunaan perkataan Allah swt dalam gereja dan menyokong perbuatan DUMC memurtadkan orang Islam baru-baru ini.
Bulan-bulan puasa pun Nik Aziz gagal mengawal beberapa pemimpinnya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak bersesuaian dengan kemuliaan bulan tersebut.  Fitnah dah macam makan nasik.
Semua ini dan banyak lagi yang membawa kepada perbuatan diatas.
Kita yakin perbuatan menconteng gambar Nik Aziz dengan lambang salib tersebut bukan dibuat oleh orang UMNO kerana peperangan orang UMNO dan Nik Aziz khasnya dan PAS amnya sudah berlangsung sejak lebih 21 tahun lepas, soalannya kenapa kini baru perbuatan sedemikan nak dibuat?  Itu kalau nak menuduh UMNO sebagai dalanglah.
Tak nampak logik kenapa UMNO pulak nak terlibat, lagipun bukan resmi kita main cara kotor macam ni ya.
Hal-hal berkaitan gereja dan nama Allah swt yang menjadi isu dimana PAS terlibat ini bukan setakat menyakitkan hati orang UMNO yang beragama Islam malah sesiapa saja yang beriman kepada Allah swt.  Dan golongan ini lah yang membentuk majoriti di Shah Alam sekarang.
Banyak perkara buruk yang disebut banyak pihak mengenai kerajaan BN dan kepimpinannya, tapi tidak pernah sekalipun kejadian yang serupa berlaku. Kalau nak dikutkan kepada tuduhan yang pelbagai dan macam-macam itu, mahu rasanya lebih dari gambar yang diconteng.  Tapi itu tidak berlaku kerana kekurangan fakta sahih untuk menyokong segala macam penipuan tersebut.
Berbeza pula dengan hal cubaan memurtadkan orang Islam dan penggunaan nama Allah swt di dalam gereja yang mendapat restu Nik Aziz (secara langsung atau tidak).  Banyak bukti yang jelas dan sahih bagaimana PAS terlibat menyokong perkara tersebut.  Benar PAS kini bukan lagi parti Islam, sebaliknya parti kebajikan tapi bukan semua ahli PAS yang sedar dengan realiti tersebut.
Kebanyakkan mereka masih tidak dapat menerima hakikat yang PAS sudah tergelincir daripada perjuangan yang dulu menjadi perkara asas penubuhannya.  Lagipun tidak ada apa yang berubah di dalam perlembagaan PAS.
Justeru, percakapan dan perbuatan pemimpin PAS yang berlawanan dengan Islam, hanya akan menarik kejian dan kecaman yang bukan sedikit bukan setakat dari ahli PAS sahaja, malah dari rakyat kebanyakkan juga.
Walaupun gambar Harun Din terletak disebelah, tapi tidak terjejas.  Ini sesuai dengan keadaan kacau bilau yang berlaku dalam kepimpinan PAS hari ini bila PAS terbahagi kepada 2, antara kebajikan dan Islam.  Nik Aziz lebih liberal dan sanggup menyokong apa saja demi mengekalkan kuasa dengan DAP, manakala Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS tidak pula begitu.
Having said that, penulis tidaklah menyokong perbuatan merosakkan wajah pemimpin waima dari parti mana sekalipun, apatah lagi ditempat-tempat awam seperti di Shah Alam itu.  Penulis cuma nak mengajak pembaca menilai kembali akibat bila rakyat membalas balik perbuatan hina yang dilakukan pemimpin.  Macam mana punlah yang dilakukan balaci untuk memutihkannya, rakyat masih sedar dengan hakikat yang sebenarnya.
Tapi jauh disudut hati, PADAN MUKA KAU NIK AZIZ…………..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA