sebelum ini Professor Datuk Zainal Kling Telah di hentam dengan kenyataan beliau dan di semua media mengatakan beliau memberitahu bahawa Tanah Melayu Tidak pernah dijajah.apakah sebenarnya berlaku ??? adakah benar beliau mengatakan sedemikian ??? mari kita lihat apakah ulasan dari beliau sendiri.saya minta maaf kerana kenyataan ini panjang.di harap kita boleh renung apa yang beliau nyatakan
Berikutan sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) melalui Kluster Sejarah Warisan dan Sosio-budaya di Kementerian Pengajian Tinggi pada 9 September 2010, pelbagai reaksi telah muncul daripada ucapan saya yang disiarkan oleh TV sebagai petikan berita.Dalam petikan itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun.Ucapan itu dituturkan sebagai membentang 'kenyataan akhbar' yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media,baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.
Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada 'kenyataan akhbar' MPN yang memilih untuk mengulas dua 'persoalan sejarah' yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu (Mat Sabu) di Tasik Gelugor pada 21 Ogos 2011.Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah 'penjajahan' dan 'perjuangan'.Berkaitan isu penjajahan itu,yang dikutip ialah kenyataan berikut : "Tanah Melayu adalah negara naungan (protectorate) yang diiktiraf kedaulatan dalamannya.Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR).Negeri-negeri Melayu (Bersekutu - FMS - atau Tidak Bersekutu - UFMS) tidak pernah menjadi colony atau tanah jajahan British". (petikan asal)
Yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni (colony) atau tanah jajahan.Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai 'negeri-negeri naungan' atau protectorate.Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah,kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (Chandra Muzaffar, New Straits Times (NST),15.11.2011),Tun Dr. Mahathir Mohamad menambah,'The Advisor became the Ruler' (NST) dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am.Malangnya apa yang tidak dikutip oleh pemberita daripada kenyataan akhbar itu ialah ayat yang menjelaskan kedudukan tanah jajahan di Tanah Melayu : "Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)… . Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai breach of trust (R. Braddell) atau indirect rule (R. Emerson). Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih (legitimate),walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara." (tulisan bold adalah daripada teks asal).
Dengan demikian,kenyataan akhbar itu mengakui berlakunya 'penjajahan' oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah protectorate. Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah: Roland S. J. Braddell,seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai 'pecah amanah' terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu; atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai 'pemerintahan tak langsung'.
Kenapa ditegaskan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai 'naungan' (protectorate) dan bukan 'tanah jajahan' (colony) walaupun berlaku penjajahan pada realitinya ??? Kenapa penilaian R. Braddell itu dan R. Emerson itu juga ditegaskan ???
Pertama,adalah wajar penulisan sejarah dilakukan dengan lebih kritis berasaskan fakta dan tafsiran yang wajar. Para sejarawan Malaysia telah banyak melaksanakan penilaian kembali sejarah nasional Malaysia terutama di dalam teks sekolah dengan melihat para penentang penjajahan British sebagai 'pejuang' dan menerima perjuangan awal golongan kiri sebagai perjuangan dan penentangan.Sejak persoalan historiografi Asia Tenggara hebat didebatkan terutama oleh sejarawan Belanda,J.C. van Leur, sebagaimana ditulis oleh para sejarawan Eropah,"from the deck of the ship, the ramparts of the fortress, the high gallery of the trading house," maka perubahan penilaian itu berlaku terus menerus sebagai proses pensejarahan yang biasa.
Kedua,gagasan kritis yang melihat penjajahan British sebagai 'pecah amanah' seperti saranan Braddell adalah amat bermakna kerana sikap sejarah seperti itu dapat membenarkan tuduhan bahawa meskipun Tanah Melayu seharus sebuah negara naungan tetapi segala perbuatan, tindakan dan kesan daripada pentadbiran British telah menyebabkan psikologi masyarakat Melayu menjadi 'involusi' (involuted),kemiskinan dan keterpinggiran dalam ekonomi,penindasan dalam pendidikan setakat darjah tiga dan kemudian ditambah kepada darjah enam rendah sahaja,ketiadaan sekolah menengah, kehancuran sistem perundangan Islam dan lebih utama lagi pewarisan masalah perkauman yang amat hebat.
Ketiga,penilaian sejarah sedemikian akan membolehkan kita untuk memahami dengan betul kenapa tindakan para pejuang kemerdekaan Tanah Melayu memilih 'perjuangan aman' dan tidak 'perjuangan bersenjata'.Para pejuang masyarakat Melayu yang menentang pentadbiran British memang mempunyai dua pilihan: penentangan dengan kekerasan dan dengan keamanan.Golongan kiri atau radical dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ingin menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah terpengaruh dan terikut dengan gerakan anti-penjajahan Indonesia terutama oleh Sukarno dan Hatta. Kedua-dua pejuang Indonesia itu perlu tindakan menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah juga golongan radikal, sosialis dan kiri,suatu fahaman yang amat berpengaruh pada zaman itu. Lebih penting lagi ialah Indonesia itu adalah 'tanah jajahan' (colony) Belanda sejak kurun ke-17.Maka perjuangan kemerdekaan adalah penentangan dengan kekerasan. Bilangan mereka juga amatlah ramai,dan cendekiawan Indonesia amat terdidik tinggi di Eropah.Golongan komunis bangun menentang dengan senjata, yang juga dibekalkan oleh British di zaman pemerintahan Jepun, untuk membina republik Komunis di Tanah Melayu.Dengan menggembleng sebahagian tenaga ketenteraan daripada empayarnya, Britain dan Tanah Melayu mengalahkan perjuangan militan komunis itu.Pasukan tentera dan Polis Tanah Melayu menyambung penyerangan itu hingga menang sepenuhnya pada tahun 1989.
Keempat,kerana kedudukan Tanah Melayu dan raja-raja Melayu adalah di bawah naungan British melalui perjanjian sejak 1874 maka seluruh rakyat Melayu menentang usaha British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai 'koloni' melalui rancangan 'Malayan Union'.Serentak dengan itu pada 1948, berlaku penentangan bersenjata Komunis yang dilawan dengan kekuatan senjata yang lebih besar oleh British.Daripada pengalaman menentang 'Malayan Union' dan 'Darurat' itu pejuang seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman memahami kekuatan dan kewajaran penentangan secara aman melalui perundingan terhadap British, seperti di India, dan bukan melawan secara bersenjata seperti di Zulu, Afrika.Tanggapan terhadap 'penjajahan' British itu sebagai naungan melalui perjanjian, menyebabkan berlaku 'perundingan' untuk membincang kembali penjanjian baru dengan British supaya dapat mencapai self-government (pemerintahan sendiri).Ini yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman apakala menuntut 'kemerdekaan'.
Kelima,bahawa negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu itu merupakan protectorate menyebabkan sistem kerajaan Melayu terpelihara dan kekal hingga kini. British sebagai kuasa kolonial boleh dengan mudah menghapuskan kedaulatan kerajaan Melayu seperti berlaku di Singapura pada 1824 terhadap Sultan Husin Syah. Kerana kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu adalah naungan maka British terpaksa menghapuskan fakta 'kedaulatan raja Melayu' itu ketika menubuhkan Malayan Union.Meskipun kedaulatan (sovereignty) itu dikatakan hanya legal fiction tetapi di hati orang Melayu hal itu adalah benar. Penghapusannya menyebabkan seluruh bangsa Melayu menentang Malayan Union dan British tunduk kepada tuntutan aman itu.
Keenam,rundingan kemerdekaan telah memulangkan kembali kedaulatan itu kepada raja Melayu di samping rakyat Tanah Melayu. Rundingan Perlembagaan telah melibatkan wakil Raja-Raja Melayu. Hal itu bermakna, kedaulatan raja Melayu itu dihormati meskipun ia telah dipinggir dan diketepikan pada praktiknya di zaman pentadbiran British. Demikianlah juga semua peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang keistimewaan Melayu adalah natijah daripada kewujudan kedaulatan Melayu yang diwakili oleh raja-rajanya.Semua orang Melayu, terutama parti politiknya, dan rakyat Malaysia mesti memahami persoalan sejarah itu dengan lebih baik dan benar untuk dapat menilai dengan patut,betul dan bermakna.
Profesor Datuk Zainal Kling (Ahli Majlis Profesor Negara)
PUAK PAKATAN HARAM !!!
LAIN KALI KENA LIHAT DULU KENYATAAN PENUH !!!
BARU BOLEH CAKAP TENTANG SEJARAH !!!
JANGAN MAIN TEMBAK !!! —IKHSAN DARI SAHABAT Nurul Nizam / FB
0 comments:
Post a Comment