Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Tuesday 27 September 2011

Gempar! Penulis Zionis Sahkan Anwar Ke Washington Mohon Sokongan

Washingthon Post-Anwar
Oleh Daniel Arief, AIDCclub
Hari
ini Jackson Diehl, kolumnis terkenal berbangsa Yahudi dan pernah
tinggal tinggal Israel mengesahkan yang Anwar Ibrahim ke Amerika
Syarikat pada 23-26 Jun lalu untuk menerangkan kepada rakan-rakan
lamanya termasuk Yahudi mengenai salah faham yang beliau dikatakan anti Yahudi dan anti semitik oleh pertubuhan B’nai B’rith.

Beliau di dalam kolumnya bertajuk “Flirting with zealotry in Malaysia” di akhbar online Washington Post menulis :
Anwar,
who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of
time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign
Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He
said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are
common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. “Why do I need to
use it if it causes so much misunderstanding?” he said. “I need to be
more careful.”
Yang dalam bahasa melayunya bermaksud :
Anwar,
yang berada di Washington selama beberapa hari lalu, menghabiskan
banyak masa menawarkan penjelasan untuk teman-teman lama, Tidak
menamakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan
beberapa pemimpin Yahudi.  Dia dikatakan menyesal menggunakan istilah
seperti “pencerobohan Zionis,” yang umum dipakai pemimpin seperti
Mahmoud Ahmadinejad. “Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu
menyebabkan begitu banyak salah faham?” katanya. ” Saya harus lebih
berhati-hati.”
Penulisan ini membuktikan beberapa artikel dari laman web AnwarIbrahimDotCom
yang mengatakan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk
membersihkan nama beliau yang digelar sebagai anti Yahudi dan anti
semitik. Klik sini dan sini.
Perkara
ini ada asasnya apabila Anwar Ibrahim dikatakan berjumpa sendiri dengan
Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier
politik beliau di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen
merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden
Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada
pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai ‘penasihat’
kerajaan Demokrat pimpinan Obama.
Di samping itu juga Anwar
mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu
Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau
bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan ‘reformasi ke dalam
dunia Islam’.
Apa yang paling jelas beliau telah melobi Amerika
Syarikat apabila beliau bertemu dengan Kurt Campbell, penolong
Setiausaha Hubungan Asia Tenggara Amerika Syarikat untuk menyampaikan
mesej beliau lebih pro Amerika daripada Perdana Menteri kepada Presiden
Barak Obama perkara ini seperti disebut blogger Analisa Kumbang
melalui laporan AFP menyebut Anwar Ibrahim secara terang-terang
menyatakan kepada wartawan AFP bahawasanya Presiden Barak Obama perlu
berhati-hati dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang beliau anggap
buruk dalam segala serbi.Klik sini.
Menyoroti biografi Jackson Diehl yang
menulis artikel mengesahkan Anwar Ibrahim memujuk Yahudi di Washington
Post ini. Beliau merupakan penulis terkenal berbangsa Yahudi dan pro
zionis di akhbar itu. Beliau dikatakan banyak menulis mengenai hal
hubungan luar negara Amerika Syarikat.
Latar belakang beliau
yang pro zionis dan Yahudi ini menimbulkan pertanyaan kenapa beliau
mengesahkan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk menerangkan
salah-faham beliau sebagai anti semitik?
Adakah ini satu usaha
untuk penulis dan bangsa Yahudi itu sendiri untuk memulihkan imej Anwar
Ibrahim dan menjelaskan pada dunia beliau masih pro kepada zionis dan
Israel?
Tidak menghairankan kerana akhbar Washington Post milik Donald Graham iaitu konglomerat Yahudi terkenal di Amerika dan merupakan rakan baik
kepada Paul Wolfowitz dan George Soros yang juga rakan Yahudi Anwar.
Fakta menarik tentang Donald Graham ini adalah beliau juga sebenarnya
bertindak dan tergolong di dalam kumpulan Yahudi yang mengawal media di
dunia dan modus operandi beliau ini jelas sekali mempromosi Yahudi dan
mereka yang pro Yahudi di makalah-makalah terbitan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA