Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Friday 23 September 2011

SI JAHIL YANG BERSERBAN

Jika Nik Aziz tidak terlibat dalam politik dan tidak diangkat menjadi Mursyidul Am Parti politik, sudah tentu dia telah lama diisytiharkan sebagai sesat.Apakah tidak sesat seseorang Islam itu jika asyik menukar-nukar fatwa mengikut kepala sendiri? Apakah tidak sesat seseorang Islam itu jika mendoakan kemusnahan saudara seagama dan menolak perpaduan ummah dengan sesungguh hati?

Apakah tidak sesat seseorang Islam itu jika mendakwa boleh berkomunikasi terus dengan Allah untuk mengampunkan orang yang berzina?

Apakah tidak sesat seseorang Islam itu jika menjanjikan syurga kepada manusia lain?

Kalau bukan sesat, maka dia pastilah jahil sejahil-jahilnya.

Itu saja penjelasan yang masuk akal untuk merujuk kepada orang seperti Nik Aziz.

Dan si jahil ini, hari ini, akibat terlalu mengidamkan undi, sekali lagi membuat kenyataan jahil seperti di bawah:

“Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat.

Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam...

tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat.”

Kata-kata ini diucapkan Nik Aziz dalam kempen Pilihanraya Kecil Tenang bagi membezakan BN yang dianggap jahil dan PAS yang dianggap alim mengikut fikirannya.
Seperti yang kita tahu, jahil lawannya alim.
Tetapi, apa itu alim?

Benarkah Nik Aziz alim?

Alim membawa maksud ilmu.

Orang yang berilmu pula digelar Ulama.
Benarkah Nik Aziz seorang Ulama?
Nik Aziz gemar sekali merujuk kepada zaman Rasulullah dan zaman kegemilangan Islam jika bercakap tentang Islam tetapi Nik Aziz tidak berani mengupas perihal Ulama di zaman itu dan membandingkan dengan dirinya.
Ini kerana Nik Aziz tahu yang dia langsung tidak menepati ciri-ciri orang alim atau Ulama Islam yang sebenar mengikut ‘piawaian’ Islam.
Mungkin masyarakat Islam di Malaysia harus mendefinisikan semula perkataan Ulama kerana Ulama dalam Islam bukan bermakna orang yang bijak dalam soal agama semata-mata.
Ulama dalam Islam adalah orang yang berilmu tak kira dalam bidang apa seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan yang seangkatan mereka.
Para saintis, jurutera, jurubina, pakar matematik, fizik dan lain-lain yang meneroka dan mengkaji alam semesta dan menggunakan pengetahuan mereka untuk kebaikan alam dan manusia sejagat di samping mampu mengkaitkannya dengan ayat-ayat Al-Quran, itulah ulama mengikut pandangan Islam.
Benarlah kata-kata seorang alim yang penulis pernah temui iaitu,

“Islam itu adalah untuk orang-orang yang bijak”.
Orang-orang yang jahil tidak mampu memahami ketinggian Al-Quran.
Otak manusia dijadikan dengan begitu hebat melangkaui segala makhluk untuk membolehkan manusia menjadi Khalifah di dunia.
Jika kita tidak mampu menggunakan otak itu untuk memahami kejadian alam semesta iaitu dunia ini, bagaimana kita boleh mengaku diri sebagai Ulama jauh sekali Khalifah?
Sedangkan ubat-ubatan pun dicipta oleh orang kafir?
Dan apabila dilanda bencana alam juga, kita terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan yang dicipta oleh orang kafir?
Hanya mereka yang mampu menghargai ketakjuban kejadian alam dan manusia yang mampu mengenali Allah dengan sebenar-benarnya.
Justeru, tidak malukah kita mendabik dada menjadi Ulama malah Khalifah di dunia sedangkan kita bukan sahaja tidak tahu malah tidak dapat menyumbang apa-apa pun kepada dunia yang Allah anugerahkan kepada kita?Dan tidak malukah Nik Aziz mengaku sebagai alim dan menuduh orang lain jahil?
 
Apakah sumbangan Nik Aziz kepada dunia?
Berapa ramaikah Ulama sebenar iaitu orang yang berilmu yang mampu menyumbang kepada dunia yang telah Nik Aziz lahirkan melalui ceramahnya selama hidupnya?
Gelaran ulama yang diberikan kepada mereka yang tidak layak hanya mengundang padah kepada mereka sendiri kerana menjadi riak dan takbur dan juga kepada masyarakat dan ummah yang kini keliru dan buntu dalam memahami agama sendiri.
Jika kita jujur dalam ingin memartabatkan kembali agama kita, kita harus terlebih dahulu jujur dalam mendefinisikan perkataan-perkataan yang sering digunakan untuk berbincang mengenai Islam. Apa yang berlaku kepada Nik Aziz hari ini ialah sifat takbur yang keterlaluan sehingga menjejaskan pemikirannya.

Orang yang benar alim sentiasa merasakan yang diri mereka jahil.
Kerana semakin dikaji AlQuran itu, semakin kerdil dan jahil dirasakan diri sendiri seiring dengan getaran iman akibat melihat kebesaran Allah melalui kejadian alam yang dibentangkan dalam ayat-ayat AlQuran.
Ayat-ayat tersebut termasuklah tentang bagaimana alam semesta termasuk peredaran darah dalam badan manusia yang bergerak mengikut peraturan.
Sepertimana seruan AlQuran agar belajar dari kejadian alam semesta ini, maka kita pun menemui bagaimana atom-atom bercantum dan bagaimana getaran mampu membentuk atau menggerakkan satu-satu objek dan kemudian bertindak balas pula sesama sendiri.
Semua ini adalah kejadian Allah dan berlaku hanya atas perintah Allah.
Ayat Allah yang dikembangkan melalui kajian inilah sebenarnya apa yang kita panggil ilmu sains, fizik dan matematik yang kemudiannya membawa pula kepada ilmu pembinaan, kedoktoran, elektrik dan lain-lain.
Manusia yang benar-benar berilmu yakni memahami kebesaran Allah pasti merasa kerdil, kecil, rendah diri lagi jahil.
Sekaligus menjelaskan bahawa manusia yang mendabik dada mengaku berilmu itulah yang sebenarnya jahil.
Kerana itulah penulis berani menyatakan yang Nik Aziz itu jahil.


Fikiran Nik Aziz ketinggalan jauh di zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam yakni sebelum AlQuran diturunkan.
Nik Aziz mungkin membaca AlQuran tetapi disebabkan dia tidak bijak, dia tidak memahami apa-apa. Kerana jika benar Nik Aziz memahami AlQuran, dia tidak akan sekali-kali takbur dan akan sedar bahawa ilmunya tidak sampai ke mana pun.
Kalau ini tidak benar, masakan Kelantan hanya maju sedikit saja iaitu dari segi bangunan-bangunannya, berbanding dari zaman jahiliah?

Jika tidak kerana kerajaan BN, silap haribulan orang Kelantan terpaksa kembali berburu untuk mencari makan manakala yang lelaki pula asyik ingin menerkam perempuan yang dijumpa di jalanan dan tak akan wujudlah kedai untuk Nik Aziz membeli serban.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA