Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Wednesday 28 September 2011

AKHIRNYA HUDUD TIDAK DI LAKSANAKAN ?






Di bawah adalah kenyataan rasmi hasil mesyuarat Pakatan semalam. Yang berkaitan dengan isu Hudud saya besarkan.

Dibawa

KENYATAAN BERSAMA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

28 September 2011 

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

PakatanRakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan. 


Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.  


Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.


Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini. 


Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU)ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (UniversalJustice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban(Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat. 


YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM  YB TUAN LIM KIT SIANG  YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG 

....                            **********************************

Pas hormat pendirian Dap dan Dap hormat pendirian Pas. Maksudnya apa dalam konteks pelaksanaan Hukum Hudud Pas ini ? 

Dap bermatian menentang Hudud - Pas hormati pendirian ini.
Pas bermatian nak Hukum Hudud - Dap hormati pendirian ini.

Kalau dilihat ayat diatas secara berasingan, saya fahamlah. Tapi bila disatukan ........ saya tak faham ! 


Pas sebenarnya mahu laksanakan hudud tapi kerana menghormati pendirian Dap yang menentang maka Pas pun tak jadilah buat. Bukan sebab Pas tak nak buat tapi sebab hormat pada Dap  ?

                                               dan diwaktu yang sama

Dap menentang hudud Pas tapi kerana menghormati pendirian Pas yang bersungguh mahukan Hudud, maka Dap pun mengalah. Dap tidak bersetuju pelaksanaan Hudud tapi mengalah sebab hormat pada Pas ?

Satu formula yang sukar untuk difahami sekiranya kita melihat ayat diatas sebagai fakta iaitu Pas mahu laksanakan hudud. Tapi kalau kita terima kenyataan yang Pas tidak ikhlas mahu laksanakan Hudud, pasti formula diatas akan mudah difahami, nampak ?

Masalah sebenar yang dihadapi oleh Pakatan selama seminggu isu ini berlarutan adalah, bagaimana hendak melepaskan Pas dari ISU HUDUD dari Nik Aziz tanpa mendatangkan aib kepada Pas.

Dengan adanya persefahaman saling menghormati diatas, maka mudahlah Pas untuk menarik diri dari komitmen menunaikan janji Nik Aziz terhadap pelaksanaan Hudud, dengan alasan menghormati pendirian Dap. Selesai masalah !

Ia hanya akan mendatangkan masalah sekali lagi sekiranya Pas IKHLAS mahu laksanakan Hudud !

Itu bahagian pertama, bahagian kedua kenyataan bersama Pakatan itu pula menunjukkan kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu diiktiraf oleh Pakatan hanya kerana sudahpun wujud sebelum adanya Pakatan Rakyat.

Maknanya untuk mengadakan Enakmen yang sama dinegeri lain - MINTA MAAF, Pakatan tidak terima. Jadi Pas tidak boleh  laksanakan Hukum Hudud dinegeri selain Kelantan dan Terengganu.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA