Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Tuesday 18 October 2011

MANA HILANG NYA DUIT TABUNG MANGSA MEMALI ? MAT SABU BOLEH TOLONG JAWABKAN TAK ??





Ketika membuat ucapan penggulungan, Mat Sabu mencadangkan agar 
Majlis Syura membuat audit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS. Audit itu pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jikalau perlu memanggil mereka bagi tujuan pelurusan atau pembetulan.
Sekali dengar, lunak benar ucapan Timbalan Presiden PAS yang baru ini. Nampak macam PENYAPU BARU yang dilihat boleh menyapu segala masalah dengan sekali cakap.
Masalahnya PENYAPU BARU itu jugalah yang terlibat dalam masalah TABUNG MEMALI yang sehingga sekarang, masih belum-belum selesai. PENYAPU BARU tak mahu bercerita ke, ke mana habis duit-duit berkenaan dibelanjakan, sungguhpun siasatan pihak berkuasa mendapati ‘tiada penyelewengan’.
TABUNG MEMALI diwujudkan atas dasar kononnya untuk membela ahli keluarga puak-puak PAS Memali yang terbunuh dalam konflik dengan pihak berkuasa pada pertengahan tahun 1980-an. Keinginan meluap-luap untuk melihat kewujudan Negara Islam dari kalangan orang Melayu Kampung yang sebelum itu hidup dengan adat dan kurang menelaah Islam, akhirnya mencetuskan konflik yang memakan nyawa. Ditokok pula dengan wujudnya unsur-unsur jenayah yang cuba dilindungi dengan label agama apabila Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya enggan menyerahkan dua orang penjenayah yang diburu pihak polis dengan alasan HAK!
Kepimpinan baru PAS yang menukar strategi daripada perjuangan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, tentu sekali tidak boleh mengenepikan sama sekali Tragedi Memali 1985. Kerana Negara Islam, Ibrahim Mahmud dan para pengikutnya terkorban dimamah peluru polis. Kerana Negara Islam jugalah, Tabung Memali ditubuhkan. Dan kerana Negara Islam, duit dari tabung berkenaan, lesap entah ke mana dengan waris dan ahli keluarga mangsa korban peluru polis, menuntut keadilan daripada kepimpinan PAS semenjak dari zaman Fadhil Noor sehinggalah sekarang.
Mat Sabu tak mahu jawab tentang Tabung Memali? Mat Sabu tak mahu auditing dibuat terhadap Tabung Memali dan sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap Tabung Memali, Mat Sabu tak mahu Majlis Syura menyiasatnya?
Pastinya Cikgu Non boleh membantu Majlis Syura. Mungkin juga isteri Allahyarham Ibrahim Libya boleh membantu Majlis Syura! Dan rasa-rasanya hampir kesemua waris serta ahli keluarga mangsa Memali, teringin benar membantu Majlis Syura untuk melakukan auditing sekaligus menjelaskan ke mana hala sebenarnya wang dari Tabung Memali yang dikutip selama bertahun-tahun tetapi tidak sampai kepada golongan yang dijadikan umpan dan modal untuk kutipan!

SUMBER DARI www.warisan2057


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA