Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Wednesday 5 October 2011

APA DAH JADI DGN PAS NI ??? PAS JADI TUNGGUL DALAM PR !!!

PAS pernah melabelkan UMNO sebagai kafir dan sekular kerana menolak perlaksanaan hukum hudud. Inilah juga antara hujah-hujah daripada PAS kenapa mereka tidak boleh berkerjasama dengan UMNO. Hujah-hujah ini juga telah diterima oleh penyokong mereka sehingga ada berlaku kes dimana orang PAS tidak akan bersembahyang berimamkan orang UMNO.

Sebagai parti yang tertua dalam sejarah penubuhannya di dalam Pakatan Rakyat berbanding DAP dan PKR, mereka tidak seharusnya tunduk kepada keputusan DAP. Perkara ini melibatkan maruah PAS sendiri yang diibaratkan sebagai abang di dalam Pakatan Rakyat.Kenyataan terdahulu DAP yang menentang perlaksanaan hudud sepatutnya dibincangkan secara serius sekiranya mereka benar-benar sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam.

PAS sebagai abang harus berani mengeluarkan kenyataan menyelar adiknya sendiri iaitu DAP sepertimana mereka menyelar UMNO. PAS tidak boleh mengamalkan sikap double standard kerana ini akan mengesahkan dakwaan mereka mempermainakn hukum Allah hanya untuk kepentingan politik. Tindakan mereka untuk terus bersengkokol dengan DAP akan menguatkan lagi dakwaan UMNO bahawa PAS hanya mempermainkan hukum agama demi survival politik disamping mendapatkan simpati rakyat.

Walaupun UMNO dilabelkan kafir oleh PAS, kerajaan UMNO BN masih mampu melaksanakan beberapa perkara dalam syariah Islam. Contohnya tentang sistem perundangan negara. Kerajaan UMNO BN berjaya mewujudkan 2 sistem perundangan iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Sistem ini membolehkan setiap mahkamah mempunyai hak dan bidang kuasa masing-masing. Ini berbeza dengan sistem terdahulu dimana undang-undang sivil mempunyai kuasa untuk mencampuri undang-undang syariah.

PAS sudah seperti tunggul di dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan lagi memihak kepada mereka.Hudud hanyalah satu drama mainan mereka daripada dulu. Pelbagai alasan akan terus diberi supaya rakyat tidak melihat perjuangan mereka sudah jauh terpesong daripada landasan awal sepertimana diawal penubuhan Parti Islam SeMalaysia.

Apa sebenarnya yang PAS perjuangkan. Kalau UMNO kerana mempertahankan hak-hak orang Melayu, DAP dengan Malaysia Malaysian, PKR dengan cita-cita menjadi Perdana Menteri, apakah yang sebenarnya PAS perjuangkan?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA