Labels

PM NEGARA MANA NI ?

Sunday, 9 October 2011

JOM..JOM..JOM..JOM HEBOH-HEBOH.. KLATE PON ADO WAK JOM HEBOH..!!

KOTA BAHARU – Kerajaan PAS Kelantan buat kali kedua membenarkan konsert “Jom Heboh” tahun ini, selepas kali pertama diadakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Konsert Jom Heboh itu dijadual diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada 29 Okt.
Beliau berkata kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak, iaitu penganjur Media Prima dengan kerajaan negeri.
“Kelulusan kita itu berasaskan kepada kejayaan pihak penganjur mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Katanya antara syarat itu termasuklah tidak membenarkan penglibatan artis wanita dan berpakaian sopan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri melantik tiga anggota Exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk memantau persembahan itu.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan dan beliau sendiri. – BERNAMA
 
 PERSOALANNYA DISINI : ADAKAH KERAJAAN PAS BENAR2 YAKIN BAHAWA TIADA PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YG BUKAN MUHRIM?? ADAKAH PAS YAKIN BAHAWA TIADA MAKSIAT  YANG BERLAKU ?? BOLEH KAN PAS MEMANTAU KESEMUA PENGUNJUNG PESTA ITU ??
BAGI PENDAPAT AKU LAH.. JIKA ADA PESTA2 SEPETI INI TENTU MAKSIAT BYK BERLAKU..DARI YG BOLEH DI LIHAT DGN MATA KASAR SEHINGGA LAH YANG X DAPAT DI LIHAT (SEPERTI DI BILIK 121).. SEBAB ADA DI ANTARA PENYOKONG2 PAS MENYATAKAN BAHAWA PESTA2 SEPERTI INI ADALAH HARAM... NAH SEKARANG KELANTAN PUN ADA PESTA JOM HEBOH MCM DI NEGERI2 JAJAHAN BN..APA PENDAPAT ANDA WAHAI PENYOKONG2 PAS ?? HARAM ATAU TIDAK ????

          BY : ~PENA BERDARAH~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA