Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Friday 28 October 2011

Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad..Oh Anwar Ibrahim




Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad – Empat tahun selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Haniff Omar pertama kali memberitahu saya tentang dakwaan-dakwaan mengaitkan Anwar dengan pelakuan homoseksual, saya menerima satu naskah buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ (50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister.)
Buku itu ditulis oleh Datuk Khalid Jafri, bekas pengarang Utusan Malaysia. Menyedari buku tersebut begitu sensasi dan menganggapnya tidak lain daripada usaha untuk mendapatkan wang, saya enggan membacanya.
Namun, khabar-khabar angin berhubung Anwar masih tidak dapat dilenyapkan.
Pada 1997, saya menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Ummi Hafilda.
Kandungan surat tersebut mengusik hati kerana apa yang diperkatakan begitu spesifik dan terperinci mengenai dakwaan-dakwaan liwat terhadap Anwar.
Saya kemudian mendapat tahu Ummi sebenarnya adik kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Azmin Ali.
Saya mengaku walaupun begitu saya masih menganggap segala dakwaan tersebut tidak masuk di akal.
Jika kandungannya mengenai hubungan Anwar dengan wanita, mungkin saya boleh mempercayainya, tetapi dalam hal ini macam mana pula seseorang yang begitu alim membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan homoseksual?
Payah bagi saya untuk mempercayai seorang dewasa berkedudukan tinggi dan seorang Muslim yang boleh dicontohi melakukan perkara yang didakwa itu.
Walaupun dakwaan Ummi mengukuhkan laporan KPN yang disampaikan kepada saya empat tahun sebelum itu, saya tidak menganggapnya sebagai serius.
Sebulan kemudian, sepucuk lagi surat Ummi menyusul. Kali ini untuk memaklumkan dia menarik balik dakwaan-dakwaan tersebut.
Saya berasa hairan mengapa pula kali ini dia menafikan apa yang didakwanya sebelum itu.
Sementara itu, polis meneruskan pemerhatian ke atas segala aktiviti Timbalan Perdana Menteri, seperti mana lumrah dilakukan mereka.
Walaupun sekiranya saya menyuruh mereka jangan melakukannya, saya yakin mereka tidak akan ikut.
Kali ini mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan beberapa orang yang terbabit. selanjutnya klik DISINI

DARI MEMOIR NI NILAI LAH DENGAN BIJAK APA YANG BENAR DAN APA YANG SEBALIKNYA..FAHAMI DAN  RENUNGKAN DENGAN HATI YANG TERBUKA.
SEMOGA APA YANG DI PERKATAKAN OLEH TUN MAHATHIR INI AKAN MEMBAWA KESEDARAN BAGI KITA SEMUA.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA