Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Monday 10 October 2011

APA ITU KOMUNIS DAN PERJUANGANNYA

 ASSALAMUALAIKUM..SALAM PERJUANGAN


Pernah nampak tak lambang kat atas ni????

KEPALA BATAS: Polis menahan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua dekat sini, petang kelmarin.Antara yang ditemui adalah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che.Turut ditemui kira-kira 7,000 risalah PSM dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil yang bertulis ‘Udahlah tu… Cukup 54 tahun.bersaralah’, 600 risalah berkaitan perhimpunan haram 9 Julai, 25 naskhah sosialis termasuk 15 naskhah berbahasa Tamil, satu set pembesar suara mudah alih, 15 bendera PSM, sembilan helai baju T tertera tulisan ‘Serangan Neo Liberal Rakyat Terus Sengsara’ dan lapan helai baju T tertera tulisan ‘Anti Capitalism’.  nak lebih boleh ushar Berbaur Komunis
Apa yang korang tau pasal komunis.  Terus terang saya kata apa yang saya tau pasal komunis ialah satu gerakan bawah tanah yang ditubuhkan untuk berperang menjatuhkan kerajaan.  Itu apa yang saya tahulah kalau salah mintak maaf.  Apa kata kalau kita tengok maksud komunis  :
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. “Komunisme suci” menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.  Sumber Transformasi Rakyat
Kalau nak ikutkan maksud komunis yang saya faham melalui ayat di atas ialah satu pegangan hidup ataupun ideologi yang tidak menetapkan pengkelasan antara individu ataupun satu fahaman samarata.  Yang paling best ialah ia melawan dasar kapitalis (sebab tu barat tentang ideologi ni) dan anti penjajah.
Setelah saya kaji semula berkenaan komunis maka ada 9 buah negara yang masih dengan pegangan komunisme iaitu Kesatuan Soviet, China, Cuba, Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao), Vietnam (Republik Sosialis Vietnam), Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea), Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ),  Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) dan Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea).
Tujuan saya buka cerita ni ialah saya memang agak berminat kaji benda yang orang lain tak kaji dan tulis.  Saya pernah duduk semeja dengan satu ‘brader’ yang mungkin ada sedikit knowledge tentang komunisma di Malaya.  Dulu ada antara kawan-kawan saya yang cukup berbangga bila mereka dapat belajar tentang ‘buah-buah’ ataupun isyarat tangan kongsi gelap.  Saya pernah tanya dari mana asalnya isyarat tangan tersebut dan apa kegunaannya tapi sorang pun tak tau.  So kalau tak tau baik tak payah nak menunjuk.
Setelah saya kaji isyarat tangan yang mereka dok bangga tu asalnya dipanggil ‘buah hutan’ di mana ianya digunakan komunis semasa berperang.  Isyarat-isyarat tersebut menandakan langkah-langkah yang mereka perlu buat dan juga menandakan identiti kumpulan mereka. Dan antara tokoh komunis Malaysia yang kita tahu ialah Chin Peng, Arwahyarham Rashid Maidin dan Abdullah CD.  Mereka ni yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman Komunis (Parti Komunis Malaya) yang telah dimulakan oleh Parti Kuomintang dari China.
Persoalannya sekarang ialah adakah dengan menahan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia itu dapat menghapuskan semua fahaman komunis dalam Malaysia? Bagi saya tidak sebab kebanyakan fahaman tersebut telah digunakan dalam kehidupan kita.  Berapa ramai pengikut ‘group bernombor’ dalam Malaysia? Kita sendiri pun tak tahukan.  Tak perlulah saya nak cerita pasal nombor kang tak pasal-pasal bangkai ayam tergantung depan rumah saya pulak. So sebelum apa-apa jadi saya angkat ‘signal 12′. Sebelum saya kasi habis cerita ni saya ada satu ayat :
Lu punya bendera dalam ada apa?
‘SABIT SAMA TUKUL BESI MA!’

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA