Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Wednesday, 5 October 2011

Namewee Mohon Maaf Atas Lagu Negarakuku


KUALA LUMPUR – Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang beberapa kali mencetuskan kontroversi, Namewee memohon maaf atas tindakannya menerbitkan klip video lagu Negarakuku yang jelas menghina Raja dan negara ini beberapa tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat Ahad lepas melalui laman Facebook miliknya.
Dalam permohonan maaf itu, Namewee menyatakan bahawa dia telah beberapa kali berbuat demikian tetapi media Malaysia tidak berminat untuk menyiarkan perkara itu.
Namewee juga meminta agar masyarakat tidak mengutuk rakan-rakannya yakni Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengkhianat Melayu kerana bersetuju untuk berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0.
“Perkara “Negarakuku”, saya sudah menjelaskan dan meminta maaf banyak kali di media, tapi media kita “tak suka” melaporkan (terutama Utusan) …Jika anda masih mahu benci saya pun tak apa…,tapi sila jangan menghina kawan-kawan saya.
“Tujuan Afdlin Shauki & Adibah Noor menyertai filem “Nasi lemak 2.0″ ialah menghantar mesej patriotik dan bersatu padu kepada semua rakyat Malaysia, tetapi ada beberapa ‘Extremist’ cakap meraka ialah “pengkhianat melayu” …..==”… saya hanya harap ramai orang boleh cuba pergi tengok “Nasi lemak 2.0″, beli pirated DVD pun ok lah…:),” katanya.
Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee menghasilkan Negarakuku pada tahun 2007 dan sejak itu namanya menjadi cemuhan dan sanjungan pelbagai lapisan masyarakat negara ini.
Lagu berkenaan memiliki elemen yang ditafsir pihak tertentu sebagai bukan sahaja menghina Malaysia tetapi juga menghina bangsa Melayu dan Islam.
Sejak klip berkenaan, beberapa klip lagi dimuatnaik Namewee ke Youtube yang memiliki unsur-unsur yang mencetuskan rasa tidak puas hati anggota masyarakat terhadap dirinya.
Terbaru, dia menghasilkan klip Namewee FxxK Utusan, sebagai reaksi balas terhadap sebuah rencana bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee… – mynewshub.my

1 comments:

Unknown said...

aku rasa dia ni memang tak patut di maaf kan.. dia betul2 mengganggu gugat hak sensitiviti hak org2 bumiputra.pada korang patut ke di maafkan bagi aku tidak sama sekali.. bak kata pepatah da terantuk baru nak tegadah.. ari ni minta maaf esok buat balik.. chehhhhhh x boleh pakai punya org.. lanchiauuuu la lu..F**K you

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA