Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Wednesday 5 October 2011

SEJARAH PERJUANGAN & PERNUBUHAN UMNO

Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.
Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).
Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.
Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.
Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.
Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini.
Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO / Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak kepada parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menumpukan perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang diterajui UMNO telah mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam bidang ekonomi, agama dan sebagainya.
Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang berkaitan seperti RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang pelajaran kerajaan mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institusi Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan lain-lain.
Di bidang pembangunan agama pula kerajaan di bawah pimpinan UMNO mendirikan Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah, jabatan-jabatan Agama Islam di negeri-negeri dan sebagainya. Semua program-program ini diadakan berasaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya.
Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat menandinginya.
UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kerusi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kerusi daripada 337 kerusi telah dimenangi oleh UMNO.
Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua Penerangan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO.
Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti masalah politik wang, kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di kalangan ahli-ahli dan sebagainya, kerana masalah-masalah tersebut jika tidak diatasi akan menghancurkan masa depan UMNO.
UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai murni dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi membela nasib orang Melayu sepanjang masa. Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA