Labels

PM NEGARA MANA NI ?

Wednesday, 5 October 2011

APA ITU PAS ???

Di Malaysia, jemaah PAS telah menamakan partinya sebagai Jemaah Islamiah. Namun dari segi nama memang parti PAS adalah Jemaah Islamiah, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Jemaah Islamiah yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap sebagai Jemaah Islamiah atau Parti Allah yang hakiki.  Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Jemaah Islamiah yang sebenar dengan parti politik PAS.
 Jemaah Islamiah atau parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-ciriny.  Kalau namanya sahaja lslam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia  bukan Jemaah Islamiah atau Parti lslam. Oleh itu, kita jangan mudah keliru dengan  label lslam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.
 Sejak akhir-akhir ini, PAS berani mendakwa yang ia adalah Jemaah Islamiah.  Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada yang mereka namakan ulama dan pemimpin PAS kini.  Pada peringkat awal penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah merupakan pakatan orang-orang Islam sahaia, padahal minda dan syakhsiah peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.
 Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah.  Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
 Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan?  Selepas itu, kita mengkaji pula cara-cara perjalannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya ?
 Sesungguhnya pada hakikat keadaan penubuhan parfi PAS tidak lebih daripada hanya sebuah organisasi serpihan UMNO. La sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain.  Adalah dimaklumkan, walaupun parti PAS dicipta atas kehendak sedemikian, namun jikalau parti PAS dapat memenuhi ciri- ciri Parti Islam tulen sebagaimanayang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. maka iajuga boleh dianggap Jemaah Islamiah.
Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasullah s.a.w. atau mengikut ijma' fi'li  (perbuatan para sahabat Nabi s. a. w.). Untuk itu marilah kita sama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA