Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Thursday 13 October 2011

KEMANA HILANG NYA DUIT YAYASAN SELANGOR ? SI GAGAP TERGAGAP NAK MENJAWAB !!


Hari ini Bahagian Audit Dalaman, Pejabat 
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor.

CTS amat kecewa dengan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor di bawah naungan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap.

CTS akan cuba mengulas penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan dengan menumpukan kepada majlis-majlis yang dianjurkan oleh Yayasan berkenaan sepanjang tahun lepas.

CTS akan cuba menyampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas yang senang difahami oleh Rakyat biasa (laymen):

1. Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.

Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.

Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.

Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.

Daripada jumlah RM996,472.00, RM387,232.00 adalah melibatkan kos Majlis Makan Malam Perdana. Tender berkenaan diberikan kepada Tetuan Drift Z Enterprise. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung. Jumlah ini dianggap keterlaluan memandangkan anggaran ini dibuat dengan kehadiran seramai 1,000 orang.

Pendahuluan sebanyak 95% berkenaan juga gagal dituntut semula oleh Yayasan Selangor walaupun majlis berkenaan dibatalkan disebabkan keenganan Tuanku Sultan Selangor menghadiri majlis berkenaan yang Baginda sifatkan sebagai membazir.

Yayasan Selangor juga telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cenderamata. Sebanyak RM52,900.00 telah dibelanjakan. Namun tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan.

2. Pertandingan Memancing Ulang Tahun ke 40 Yayasan.

Pertanding dijadualkan diadakan pada 14/11/2010 di Taman Rekreasi Seksyen 7, Shah Alam yang telah disertai lebih kurang 700 orang dengan bayaran sebanyak RM50.00 untuk setiap jorang dan RM80.00 untuk 2 joran

SDF Media & Event Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara tanpa melalui proses sebut harga. Kos cadangan diterima tanpa ada pindaan melibatkan kos RM179,000.00. Yayasan Selangor sepatutnya mengkaji cadangan dan bukannya menerima bulat-bulat cadangan agar sesuai dengan kemampuan kewangan Yayasan.

70% bayaran sebanyak RM125,000.00 akan dijelaskan dalam tempoh 7 hari tarikh penerimaan lantikan tetapi Yayasan Selangor telah menjelaskan RM178,200 (99.5%) sebelum pertandingan dijalankan.

Inii menunjukkan tadbir urus kewangan yang tidak cekap dan dilaksanakan secara tidak berhemat. Bayaran awal 70% adalah tidak munasabah malah pengurusan Yayasan Selangor dengan sewenang-wenangnya menjelaskan RM 178,200 (99%) walaupun program masih belum dijalankan. Ini seolah-olah syarikat yang dilantik tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan ada mungkin syarikat yang dilantik adalah daripada kroni-kroni pihak tertentu

Jumlah kutipan daripada peserta hanya berjumlah RM 37,630.00 manakala perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 179,000.00. Jelas Yayasan Selangor mengalami kerugian dalam pertandingan ini.

3. Majlis Berbuka Puasa

Majlis diadakan di Dewan Sivik pada 21/8/2010.

Perlantikan Syarikat Rahah Enterprise secara runding terus melibatkan jumlah keseluruhan RM138,00.

Pendahuluan (95%) RM 131,000 telah dibayar sebelum majlis diadakan.

Timbalan Pengurus Besar mendakwa kerja tambahan disebabkan kehadiran berjumlah 2,300 orang tetapi jumlah sebenar kehadiran dalam lingkungan 1,440 sahaja.

Tuntutan untuk bayaran bil air dan elektrikberjumlah RM5,000.00 agak pelik kerana sewaan dewan telah termasuk bayaran untuk elektrik dan air.

4. Majlis Jamuan Aidil Fitri.

Majlis diadakan pada 4/10/2010 di Padang Timur, Petaling.

Sekali lagi syarikat SDF Media & Event dilantik sebagai Event Manager secara lantikan terus dengan kos berjumlah RM281,000.00.

Pengurusan Yayasan Selangor telah membayar sebanyak RM266,950 (95%) selepas 2 hari tarikh perlantikan.

Jelas menunjukkan Yayasan Selangor gagal mematuhi peraturan kewangan kerana bayaran telah dibuat walaupun majlis masih belum berlangsung. Ini juga menunjukkan tadbir urus yang tidak cekap yang boleh menyebabkan Yayasan Selangor mengalami risiko kerugian sekiranya pihak “event manager” gagal atau menghilangkan diri.

Adakah syarikat yang dilantik adalah daripada kroni mereka sendiri?

Jumlah keseluruhan majlis ini berjumlah RM303,476.00 dan dianggap tidak munasabah dan satu pembaziran kepada Yayasan.

5. Majlis Korban Perdana.

Cadangan Yayasan Selangor untuk mengorbankan 20 ekor lembu tetapi hanya 9 ekor dikorbankan yang berjumlah RM22,580.00 pada 18/11/2010 di Asrama Yayasan di Klang hasil sumbangan kakitangan Yayasan Selangor dan pihak swasta.

Yayasan Selangor telah mengeluarkan kos pendahuluan sebanyak RM44,452.00 untuk majlis ini. Pendahuluan diberikan terus kepada Timbalan Pengurus Besar Pengurusan sebanyak RM24,452.00 manakala RM20,000.00 kepada Pengurus Korporat.

Setakat 1/12/2010, tiada Penyata Akaun Perbelanjaan disediakan oleh kedua pegawai terbabit. Penyata ini perlu disokong dengan dokumen sokongan seperti resit pembelian.

Sekali lagi SDF Media & Event Sdn Bhd dilantik untuk menguruskan majlis ini. Perlantikan ini tidak perlu dibuat kerana yayasan telah melantik 15 orang jawatankuasa dan perbelanjaan iklan banner oleh SDF Media & Event tidak diperlukan kerana kehadiran jemputan dikalangan kakitangan dan pelajar Yayasan.

Kos tambahan lain ialah acara cabutan bertuah RM2,500.00, nasyid RM600.00 dan set karaoke RM1,000.00.

Kos keseluruhan untuk majlis ini adalah sebanyak RM48,552.00.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah memperkudakan Yayasan Selangor untuk kepentingan politik mereka. Pembaziran, penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang dinyatakan di atas dilakukan secara terang-terangan di bawah seliaan Khalid Gagap.

Dana Yayasan Selangor yang sepatutnya digunakan untuk membantu anak-anak Selangor yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran dibazirkan oleh lembu-lembu di dalam pengurusan Yayasan Selangor.

Ini adalah satu contoh Menteri Besar yang tak guna. Khalid Gagap harus meletakkan jawatan atas skandal ini atau kami Rakyat di Selangor bakal mentalqinkan politik Menteri Besar yang tak guna ini.

PS : MESTI KENE SIASAT JANGAN DIAM KAN MACAM DUIT TABUNG MANGSA MEMALI..SEMUA SENYAP........ KHALID WAJIB LETAK JAWATAN !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA