Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Tuesday 11 October 2011

SOKONGAN RAKYAT KELANTAN KEPADA UMNO MENINGKAT

Sokongan rakyat Kelantan kepada UMNO meningkat
TANAH MERAH – Rakyat Kelantan khususnya pengikut Pas yang dahulunya menolak UMNO kini secara terus terang menzahirkan sokongan kepada UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, selain menghadiri program anjuran UMNO, ramai penyokong Pas pada masa yang sama telah menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini...jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih,” katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di sini malam tadi.

Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penyokong Pas bertindak menyertai UMNO kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.

"Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik,” katanya.

Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata, tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.

"Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat UMNO-lah tempat sewajarnya kami berada,” katanya.

Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai UMNO yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.

Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.
"Banyak bantuan yang kami dapat dan sebab itu kami berfikir Pas tidak akan mampu berbuat seperti ini. Pas tidak ada kerja lain hanya berpolitik 24 jam,” katanya. - KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA