Apa kecoh-kecoh ni Anwar?
Baru-baru ni, Anwar adakan ceramah ‘Selamatkan Kampong Bharu’. Seperti biasa, dia cuma tahu kutuk Kerajaaan kerana wujudkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Lepas tu, kerana nak tunjuk hero, dia umumkan yang Yayasan Selangor akan beri pinjaman kepada penduduk Kampong Bharu untuk bantu bangunkan kawasan tersebut.
Aku cuma nak tanya beberapa soalan:
Kalau betul Anwar bersungguh-sungguh nak bantu Kampong Bharu, mengapa dia tak hadir masa sesi perbahasan di parlimen mengenai Rang Undang2 Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu? Sesi perbahasan ni telah dimaklumkan kepada semua Ahli Parlimen awal2, jadi kalau dia betul2 serius nak bantu penduduk Kampong Bharu, mengapa tak hadir untuk bahas Rang Undang2 ni?
Untuk makluman rakan-rakan, dari 77 Ahli Parlimen Pakatan Haprak, hanya 28 sahaja yang hadir semasa pengundian Rang Undang2 ni. 28 je, tak sampai separuh pun!! Yang tak hadir ialah Ketua Pakatan Haprak sendiri, Anwar dan anak kesayangannya, Nurul Izzah. Haji Hadi, Presiden PAS pun tak hadir. Orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh dan dua orang anaknya sudah tentulah lagi tak berminat nak hadir!!
Haiiii, pemimpin utama Pakatan Haprak sorang pun tak boleh nak hadir bila bahas pasal Kampong Bharu? Parlimen bukannya bersidang sepanjang tahun. Parlimen cuma bersidang 2 kali setahun!! Itupun ko tak boleh nak hadir? Lepas tu ko boleh pulak mengaku sebagai pejuang hak Kampong Bharu? Pejuang jenis apa ko ni, kalau nak turun bertempur kat Parlimen pun malas nak pergi?
Inilah bukti jelas Anwar dan Pakatan Haprak memang tak berniat untuk bantu penduduk Kampong Bharu, tapi cuma mahu menangguk di air keruh.
Lagi satu, kalau betul Yayasan Selangor boleh bagi pinjaman kepada penduduk Kampong Bharu, mengapa tunggu hingga sekarang baru nak tawarkan? Mengapa tunggu hingga Rang Undang2 Pembangunan Kampong Bharu telah diluluskan baru nak tawarkan? Mengapa bila Kerajaan menunjukkan kesungguhan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, baru ko melatah nak bagi pinjaman?
Pakatan Haprak dah perintah Selangor selama tiga tahun lebih. Kalau betul Pakatan Haprak ikhlas nak bantu penduduk Kampong Bharu, dari tahun 2008 lagi mereka dah boleh tawarkan pinjaman. Tapi mengapa sekarang baru terfikir nak bagi pinjaman?
Mereka sebenarnya menggelabah kerana kalau Kerajaan berjaya bantu memakmurkan Kampong Bharu, maka mereka akan hilang sokongan di situ. Jadi, mereka perlu berusaha mati-matian untuk mensabotaj usaha murni Kerajaan! Kalau Kerajaan tak tubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, maknanya sampai kiamat la Anwar dan Pakatan Haprak takkan terfikir nak bantu penduduk Kampong Bharu!!
Untuk makluman rakan-rakan juga, pemberian pinjaman dan insentif kepada pemilik dan pewaris Kampong Bharu yang ingin membangunkan tanah mereka memang dah termasuk dalam peranan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Jadi, Anwar sebenarnya cuma tahu meniru apa yang Kerajaan sendiri akan buat. Nak harapkan idea Anwar sendiri, jangan haraplah!!
Anwar, kalau setakat tahu bising-bising luar Parlimen, lepas tu bagi idea pun idea tiru dari Kerajaan - ko cuma boleh diiktiraf sebagai hero tahi kucing!!!
Apa kecoh-kecoh ni Anwar?
SUMBER DARI : APA KECOH-KECOH NI TQ
0 comments:
Post a Comment