Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Thursday, 22 September 2011

Mengapa Mat Sabu Gelar Anwar, Al Sheikh Al Juburi ?

Kejujuran Mat Sabu mengaku bahawa dia pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Sheikh Al Juburi patutlah dipuji. Sekurang-kurang dia ikhlas dalam membuat tuduhan, walaupun kini dia sendiri telah angkat bendera putih. Klik di sini
Persoalannya kenapa Mat Sabu yang ketika itu penceramah PAS paling tersohor sanggup gelar Anwar dengan label yang paling hina, Al Juburi ?
Tiada mana-mana individu yang sanggup memberi gelaran sehina itu kepada Anwar kecuali tokoh PAS tersohor itu.
Bermulanya Kisah Al Juburi
Kes ini berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO yang merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Pada 5 Ogos 1997, adik bongsu kepada Azmin Ali telah menghantar sepucuk warkah keramat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melaporkan skandal Anwar terbabit dengan bini orang – bini Azmin Ali dan meliwat seorang pemandu bernama Azizan Abu Bakar. Klik di sini
Bini Azmin namanya Shamsidar Taharin yang merupakan kakak ipar kepada Ummi Hafilda sendiri. Manakala Azizan Abu Bakar pula merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.
Lepas tidak tahan kena liwat dengan Anwar, ketika jadi pemandu peribadi isteri Anwar, Azizan berhenti kerja dan jadi pemandu peribadi bini Azmin, Shamsidar Taharin pula.
Rupa-rupanya keluar dari mulut singa, masuk pula ke mulut buaya. Sebab itu Azizan lapor kepada Ummi Hafilda tentang perilaku pelik Anwar yang boleh main depan, belakang !
Lepas Ummi Hafilda dan Azizan hantar surat kepada Dr Mahathir, tidak lama lepas itu laporan itu sampai ke tangan Anwar.
Barangkali Dr Mahathir serah laporan itu kepada Anwar untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu. Sudah tentu, masa itu Dr Mahathir lebih percaya kepada Timbalannya, Anwar Ibrahim berbanding dengan dua rakyat biasa, Ummi Hafilda dan Azizan.
Anwar yang punya kuasa sebagai TPM, arahkan polis dan SB pergi cari Ummi dan Azizan untuk dapatkan surat penafian tuduhan tersebut.
Pada peringkat ini, Ummi dan Azizan sudah takut.
Siapa tak takut beb, bongkar skandal TPM. Polis pula kejar. Tiada pilihan lain, PM suruh TPM jawab, TPM pula arah polis maka tiada pilihan lain, kedua individu itu temui pembangkang, Karpal Singh, peguam terkenal dari DAP.
Karpal pula, masa itu bak kata pepatah, ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Apa lagi ngap !. Ambil dokumen Ummi, ambil surat bersumpah Azizan ! Jaja kat Parlimen ! Jaja kat ceramah DAP !
Macam ada link pulak. Lepas dihidu DAP, Mat Sabu, wakil PAS pula terbau pekung Anwar itu.
Menurut Ummi Hafilda, Mat Sabu yang menjawat sebagai Ahli Parlimen PAS Nilam Puri, Kelantan dan geng-gengnya, datang sendiri ke pejabatnya di Danau Kota, Setapak. Bukan Ummi yang cari Mat Sabu tapi Mat Sabu yang cari Ummi.
“Tiada buaya yang lebih bahaya kalau tidak lain dan tidak bukan iaitu ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’..maaf gelaran ini bukan saya yang bagi, title ini telah ditauliahkan oleh Mat Sabu, setahun sebelum Anwar dipecat oleh ayahanda Mahathir.
“Inilah kemunafikan orang-orang PAS. Saya masih ingat setahun sebelum Anwar dipecat pada tahun 1997, bagaimana Mat Sabu telah datang ke pejabat saya bersama orang-orang PAS untuk mengorek rahsia siapa Anwar yang sebenarnya.
“Terlalu banyak cerita yang Mat Sabu dapat dari saya dan Azizan bin Abu Bakar, mangsa liwat 17 kali oleh Anwar Ibrahim.
“Bila Mat Sabu dah confirm, dah dapat cerita, Azizan siap bersumpah laknat di pejabat saya di Danau Kota, Mat Sabu balik ke Kelantan bercerita dengan orang-orang PAS dan dia pula menganyang ayahanda Mahathir di dalam Parlimen. Dia menggelar Dr Mahathir Mohamad menyimpan seorang homoseksual yang digelarnya sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’, kata Ummi Hafilda.
Keterangan Ummi itu diakui sendiri oleh Mat Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi Othman (ketika itu pengarang majalah TAMADUN, sekarang Ketua Pengarang Harakah) pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat TAMADUN.
Tamadun – Khabarnya Saudara pernah berjumpa dengan orang yang menulis surat terbuka itu? Adakah sebarang maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan kami?
Mat Sabu – Ya, penulis juga bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa, tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment (Tivoli Villa) bersama dengan pasangan (Shamsidar) yang tertuduh itu.
Jadi, pendirian penulis surat itu tidak berubah. Dan dia kelihatan takut untuk bertembung dengan orang. Kalau dia bertembung dengan seseorang dikhuatiri dia akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan.
Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.
Mengapa Mat Sabu Gelar Al Juburi ?
Berdasarkan senario di atas, kita kembali kepada persoalan asas, kenapa Mat Sabu tergerak hati mahu jumpa Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ?
Mesti ada motivasi besar di sebalik itu hingga mendorong dia melangkah kakinya mencari saksi-saksi yang boleh mengesahkan tabiat buruk Anwar.
Persoalan kedua adalah kenapa Mat Sabu sanggup melabelkan kata-kata yang paling hina, Al Juburi, kepada Anwar ?
Mesti perkataan yang terbit dari mulut Mat Sabu itu hasil dari keyakinannya melihat dan mendengar sendiri pengakuan dari mulut saksi.
Ketiga, kenapa Mat Sabu pilih gelaran ‘Al Juburi’ dan bukannya gelaran-gelaran yang lain ?
Jubur maksudnya belakang atau bontot, tetapi dalam loghat Kelantan, jubur juga bermakna kemaluan perempuan di bahagian hadapan.
Maknanya Mat Sabu yang berasal dari Pulau Pinang, tetapi bertanding di Kelantan telah memahami sentimen budaya Kelantan dan luar, memilih gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan Anwar adalah lelaki yang tidak normal, suka main depan (Shamsidar Taharin) dan suka main belakang (Azizan Abu Bakar).
Bijak..bijak..gelar Al Juburi, maksudnya Anwar suka main depan, belakang, sama rasa, sama rata !
Namun, ada satu lagi sebab yang paling utama kenapa Mat Sabu sanggup mencari Ummi dan Azizan serta memberi gelaran Al Juburi kepada Anwar. Sebab itu adalah faktor dendam.
Kenapa Mat Sabu berdendam dengan Anwar ?
Sebabnya, Anwar merupakan kepala konspirator, penangkapan Mat Sabu berkhalwat di bilik Hotel Perdana, Kota Bharu pada 31 Januari 1995.
Kes khalwat Mat Sabu itu berlaku selepas dua tahun Pas Kelantan meluluskan usul Hudud dan Qisas di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Anwar dan Kes Khalwat Mat Sabu
Anwar ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan begitu powerful mendapatkan semua maklumat secara pantas melalui risikan SB dan polis serta menguasai hampir kesemua media khususnya, TV3 untuk memprojek imej baiknya dan menyebarkan imej buruk musuh-musuh politiknya.
Maknanya risikan hubungan Mat Sabu dengan bini kawan baiknya, bernama Norma, begitu pantas sampai ke telinga Anwar.
Pada 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat Sabu check in dan menginap di Hotel Perdana Kota Bharu di bilik no 121.
Sekitar jam 9 pagi, 31 Januari 1995, seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemuiSenior Receptionist hotel tersebut untuk meminta senarai penginapan tetamu.
Kehadiran polis sudah hadir lebih awal di hotel itu seolah-olah mereka telah dapat menghidu sesuatu apa yang akan bakal berlaku di hotel itu.
Mungkin telah berlaku berkali-kali di hotel itu, hingga modus operandi itu dapat dikesan oleh pihak polis. Klik di sini
Seperti dijangkakan selepas itu muncul seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung, yang bernama Norma telah memasuki bilik Mat Sabu.
Katanya pada hari kejadian itu, Mat Sabu tertinggal ‘ubat’ di rumah rakan baiknya. Sebagai justifikasi membolehkan isteri rakan Mat Sabu iaitu Norma, telah pergi ke hotel tersebut untuk menyerahkan ubat tersebut.
Tetapi timbul persoalan kenapa Norma perlu masuk keseorangan ke dalam bilik Mat Sabu semata-mata untuk menyerahkan ubat tersebut?
Kenapa tidak serahkan kepada pihak hotel ataupun membuat panggilan telefon dari kaunter pertanyaan supaya Mat Sabu turun mengambil ‘ubatnya’ di lobi hotel ?
Tidak lama selepas itu pihak polis, media dan tujuh orang pegawai Jabatan Agama (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan – JAHEIK) datang dan mengetuk pintu bilik no 121. Setelah 20 minit barulah pintu bilik itu dibuka.
Ketika pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau dan pasangannya, Norma tidak bertudung kepala serta cadar katil dalam hotel itu juga kelihatan tidak kemas.
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan mendakwa kes itu sebagai perangkap untuk mengaibkan Mat Sabu oleh pihak tertentu yang berpengaruh dengan alasan TV3 telah berada di lokasi sejak dari awal lagi.
Apabila dibawa ke Mahkamah Syariah, kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik hotel tersebut.
Inilah titik tolak dendam Mat Sabu kepada Anwar. Mat Sabu dimalukan pada tahun 1995, jadi apabila dia mendapat tahu Anwar juga mempunyai skandal pada tahun 1997, itulah faktor terbesar dia menemui saksi itu.
Anwar Perlu Bersih Diri
Pada Mat Sabu, Anwar walaupun hanya berjawatan TPM tetapi Anwar lebih ganas dari Dr Mahathir yang menjadi PM ketika itu.
Nukilan keganasan Anwar mengikut kaca mata Mat Sabu adalah seperti berikut :
Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3.
Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat ”keganasannya” melebihi Perdana Menteri, PM…..kita sudah tahulah yang anak beranak dan suku sakatnya terlibat dalam nepotisme.
Imej umum dikuasai oleh media yang juga dikuasai oleh orang nombor dua (Anwar Ibrahim). Pernah satu ketika, kalau menonton TV3, Kadang-kadang berita PM duduk ditempat keempat. Berita TPM diutamakan, barulah diikuti berita lain, yang keempat baru berita PM.
Tetapi apabila kita menghentam dalam ceramah–ceramah barulah kita nampak berita PM sudah di tempat pertama. Ertinya media dikuasai oleh orang nombor dua. Jadi, gambaran nepotisme itu hanya dilonggokkan kepada PM.
Kalau media tempatan, memang ia di bawah kawalan Anwar tetapi bagaimana pula dengan laporan media antarabangsa yang juga nampaknya menyalahkan Mahathir dan cuba hendak menaikkan Anwar.
Satu, media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi Barat ia telah menerima Anwar sebagai pemimpin yang sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini. Barat mahukan dua corak Islam.
Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai ke pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada masalah.
Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan betapa buruknya Islam.
Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.
Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.
Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.
Apabila orang itu mempunyai watak seperti itu, yang selama ini nampak bersih, kita menganggapnya sebagai fitnah. Apa yang kita mahu di sini adalah Anwar mestilah membersihkan dirinya. Membersihkan diri bukannya dengan berdiam begitu sahaja atau menafikannya kepada pihak akhbar.
Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya.
Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.

Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA