Labels


PM NEGARA MANA NI ?

Saturday, 1 October 2011

BETUL KE ADA JUGA PUSAT JUDI DI KELANTAN ??


Oleh: Gamal Fikri dan Sudeeman Razak
Gejala sosial semakin meruncing di Kelantan dengan terbongkarnya beberapa pusat judi di Kota Bharu. Beberapa kedai kopi dan restoran Cina, khususnya di Jalan Kuala Krai dan sekitar Padang Merdeka, dijadikan pusat judi oleh kumpulan tertentu.
Siasatan RISIK selama tiga bulan mendapati agen-agen judi yang beroperasi di situ sering didatangi pelanggan yang mahu mereka membeli nombor ekor daripada taukeh-taukeh judi. Hampir semua agen dan pelanggan adalah orang Islam negeri ini.
Agen-agen ini akan mengenakan komisyen 30 peratus sebagai upah mendapatkan setiap kertas judi. Misalnya, jika pertaruhan bagi satu kertas judi ialah RM10, pelanggan kena bayar RM13 kepada agen judi. Setiap kertas judi yang di tempah disahkan dengan cara menurun tandatangan.
Jika ada pelanggan yang menang, agen judi sanggup membayar tunai dengan wang sendiri dengan potongan 20 peratus dan menuntut wang pertaruhan daripada taukeh judi. Difahamkan kegiatan judi yang sama modus operandinya semakin berleluasa dan bergerak secara senyap menerusi kumpulan tertentu di bandar-bandar lain di Kelantan.
Wartawan RISIK yang menyamar sebagai pelanggan berkata gejala ini turut membabitkan ramai belia.
Seorang pelanggan berumur dalam lingkungan 30an berkata: Setakat ini, tak jadi masalah untuk beli kertas judi di Kota Bharu atau lain-lain tempat. Sangat mudah. Nak judi di Kelantan ini tak perlu susah-susah.
Walaupun kegiatan judi diharamkan di Kelantan, namun ia berleluasa kerana tiada pemantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Selain judi, Kerajaan Negeri pimpinan Pas juga gagal mengatasi gejala arak di kalangan orang Islam negeri ini.
Peminum arak di kalangan masyarakat Melayu Islam di negeri ini dipercayai semakin bertambah ekoran kurangnya penguatkuasaan yang dibuat oleh pihak berwajib. Lebih menakjubkan ialah mereka yang minum arak dan mabuk pada siang hari secara terang-terang di khalayak ramai.. Media tempatan baru-baru ini mendedahkan perbuatan orang Islam Kelantan minum arak dalam plastik seolah-olah minum air biasa.
ADUN Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqulah berkata fenomena ini menunjukkan bahawa kerajaan Pas belum berjaya menerapkan syiar Islam di negeri ini sehingga ramai yang ketagih arak. Kenyataan dibuat ketika beliau membentangkan usul dan cadangan di Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada 5 Mei lalu.
Menurut pemimpin muda Pas ini, kerajaan negeri gagal membendung gejala arak di Kelantan.
Saya kesal kerana ada rakyat beragama Islam di negeri ini yang sanggup minum arak. Lebih memalukan, mereka menjadikan Dataran MPKB di pusat Bandar sebagai kawasan untuk bersuka ria dan melakukan maksiat. Kita menyedari mereka minum arak apabila mendapati mereka berada dalam keadaan mabuk, kata Ahmad Baihaki, yang juga Ahli Majlis MPKB.
Beliau menegur pentadbiran negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin Pas negeri yang banyak menghabiskan masa berceramah daripada memikirkan kaedah dan strategi untuk memajukan umat Islam dan negeri Kelantan. Hari ini, masih ada tujuh premis berlesen yang menjual arak di Kota Bharu, manakala berpuluh-puluh premis lagi menjual arak tanpa permit.
Pada 8 Mei lalu, akhbar perdana menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang mengakui perbuatan umat Islam minum arak memberi imej dan kesan negatif sebagai negeri yang menjalankan dasar pentadbiran berlandaskan Islam.
Kenyataan Ahmad Baihaki turut disokong seorang lagi Ahli Majlis MPKB Zainuddin Abdullah yang melahirkan rasa malu kerana perbuatan umat Islam minum arak secara terbuka di sekitar Bandar Kota Bharu bukan perkara baru. Katanya, Unit Penguatkuasa dan Unit Pembangunan Islam dan Dakwah MPKB menghadapi kesukaran mengesan perbuatan ini kerana peminum arak menggunakan pelbagai taktik, termasuk minum dalam plastik air biasa.
Pelbagai gejala sosial yang melanda Kelantan adalah tamparan hebat kepada kredibiliti Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar di sebuah negeri yang kononnya ditadbir berlandaskan Islam. Setelah 12 tahun memerintah Kelantan, beliau masih gagal menjadikan Kelantan sebuah negeri yang boleh dicontohi.
dipetik dari www.inteligensia.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Pena Berdarah~

cerita menarik minggu ini

PAPA HOMO

PEMBELA NASIB BANGSA MALAYSIA


SAYA PENYOKONG BN/UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA