Isu mengenai seorang pemuda yang memakai baju Melayu serta bersampin dan bertengkolok di kepala sedang mencium pasangannya yang juga seorang lelaki (Eropah) dalam satu majlis perkahwinan bersama pasangan gay’nya,bernama Jonathan telah mencetuskan kontroversi yang hebat diperkatakan di internet.
Berpandukan sumber-sumber yang terdapat di’internet memberitahu bahawa pemuda ini bernama Ariff Alfian Rosli, yang menuntut di Dublin, Republik Ireland,dalam bidang perubatan.Jika benar pemuda ini Ariff Alfian Rosli,maka terjawablah berita mengenai kehilangan seorang pelajar perubatan di Dublin seperti petikan berita mengenainya dibawah.

Untuk pengetahuan anda petikan berita ini akan di’ikuti dengan gambar perkahwinan Ariff Alfian bersama pasangan gay’nya yang tersebar meluas di’internet
Perkahwinan gay Ariff ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Ariff Alfian ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
GAMBAR ARIFF ALFIAN YANG DISERTAKAN BERSAMA PETIKAN BERITA
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian   dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
ariffalfianrosli2 ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
“Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
ariffalfianrosli3 ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
Ariff 2 ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
“Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
“Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu,” katanya.
1 ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
Ariff 1 ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
“Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
4 ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Wajah Ariff Alfian(gambar kecil)dengan gambar pemuda berbaju melayu dalam perkahwinan gay ini,kelihatan sama.Kalau tidak silap pandangan mata saya.
Jadi,konklusinya Ariff selamat! dan sedang berbahagia menikmati kehidupan dunia barunya.
Pada pandangan saya,apa yang terjadi ini pastinya memberi impak yang mendalam di hati rakyat Malaysia,khususnya bangsa melayu sendiri,kerana budaya melayu sudah terkenal seantero dunia dari segi,adat,kesopanan dan budi pekerti yang baik di’mata dunia.Tetapi ianya telah di’cemari dengan perkara yang tidak di’jangka langsung akan berlaku.
Saya mula memeditasi relevan,kenapa pemuda ini harus mengenakan pakaian tradisi kebanggaan orang melayu di dalam perkahwinan sejenis yang terang-terangan melanggar fitrah kehidupan manusia.Apakah motif dan agenda yang sebenarnya untuk di’sampaikan?
Telajak perahu boleh kita usaha’kan menariknya kembali,tetapi kalau terlajak perbuatan?Walaubagaimanpun haruslah di’jadikan pengajaran buat semua.kerana sebagai penduduk negara Islam,Malaysia,kita perlu mematuhi undang-undang Islam dan undang-undang negara kita walaupun di mana jua kita berada terutamanya di’luar negara
“Kepada pemuda ini kami mendoakan agar pintu hati kamu terbuka dan sedar kesilapan yang anda lakukan ini.Semoga anda kembali ke pangkal jalan untuk menjalani kehidupan normal seperti yang telah di’fitrahkan