Harun Taib telah “dihanyutkan” ke Laut Selatan, dan Hasan Ali “dicampakkan” ke lombong pasir yang tumbuh melata di Selangor Darul Ehsan. Itulah akibat gara-gara mahu menjadikan Islam dan Melayu bersatu, suatu yang pantang bagi PAS dibawah naungan Nik Aziz.
Perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan umat Islam yang mahukan penyatuan, namun ianya adalah khabar gembira buat pemegang panji-panji Azazil.
Umum sedang menanti nasib yang bakal menimpa seorang lagi tokoh dari pro ulama yang sangat dihormati, baik di dalam PAS sendiri ataupun UMNO.
Ustaz Harun Din pernah menjadi ikon ulama apabila pengaruhnya cukup kuat di hati sanubari umat Islam waima beliau berkeputusan untuk menyertai perjuangan Islam PAS. Sehingga kini, rasa hormat dan kasih kepadanya tetap utuh, berikutan ketetapan akidahnya berhubung Islam.
Sebagai contoh, kenyataan beliau berhubung dengan isu kalimah Allah benar-benar membuatkan golongan Erdogan terpukul. Tegas dan tiada kompromi, itulah yang ditunjukkan oleh Ustaz Harun Din. Dan kenyataan itu membuatkan Khalid Samad meracau dan melolong, bagai disampuk polong akibat tamparan yang amat hebat itu. Sudahlah tidak disokong kenyataannya oleh Ustaz Harun Din, Khalid Samad telah dihentam teruk oleh media, terutamanya bloger. Rakyat Selangor juga telah bangkit membuat beberapa bantahan keras terhadapnya.
Golongan Erdogan terutamanya Khalid “Gereja” Samad tidak akan dapat melupakan “malapetaka” itu. Ustaz Harun Din jelas mendukung perjuangan Islam yang telah dibenihkan sejak asal penubuhan PAS.
Seperti telur dihujung tanduk, begitulah keadaan Ustaz Harun Din ketika ini. Seolah “tali gantung” telah disediakan dihadapannya, hanya menantikan waktu yang tepat untuk menjerut lehernya. “Pembunuhan”nya mungkin tidak praktikal berikutan arus penolakan yang bakal wujud dari dalam parti, taktik “pengasingan” mungkin adalah yang terbaik. Ustaz Harun Din bakal “dipulaukan” dengan meminimakan kemunculannya di khalayak ramai di majlis-majlis PAS.
Tidak mustahil sekiranya media mereka seperti TV PAS dan Harakah diberikan “kawalan” ketat, yang akan menyaksikan Ustaz Harun Din hilang pengaruh sedikit demi sedikit. Dari yang sedikit, dominannya semakin luntur dan rapuh.
Akhirnya Ustaz Harun Din hidup seperti dalam buangan, dan sebenarnya proses ini telah berlaku tatkala beliau mengeluarkan fatwa berhubung isu kalimah Allah. Dan sehingga kini, proses “pengasingan” itu masih lagi berjalan bagi melengkapkan “perfect game”.
0 comments:
Post a Comment